October 7, 2024
Lain-Lain

CT FIT , Minuman Detoks Untuk Masalah Berat Badan Berlebihan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah, dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai CT FIT iaitu minuman detoks yang sesuai untuk sesiapa yang mempunyai masalah berat badan.

Pada 14 Mac yang lalu, telah diadakan perasmian minuman detoks  CT FIT ini oleh Puan Siti Aminah Borhan bersama dengan jurulatih kecergasan terkenal Malaysia iaitu En Kevin Zahri. Majlis perasmian ini telah dilakukan di Hotel Tamu & Suites Kuala Lumpur. Ianya cukup meriah dengan dihadiri oleh ramai tetamu yang hadir termasuk para selebriti.

Jurulatih kecergasan terkenal Malaysia, En Kevin Zahri

CT FIT ini adalah minuman detoks berperisa beri yang diformulasi sendiri oleh Puan Ami. Beliau sendiri telah mengalami masalah kegemukkan tubuh badan sebelum ini. Jadi dengan pengalaman yang beliau lalui, ingin dikongsikan dengan semua yang mengikuti kisah beliau.

Pengasas CT FIT, Puan Siti Aminah

Bermula dari 127 kilogram pada masa dahulu, hingga hilang 67 kilogram pada hari ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan kesabaran dan konsistensi yang tinggi dalam kehidupan seharian. Daripada makanan yang diambil sehinggalah senaman yang dibuat.

Oleh yang demikian, Puan Ami mengeluarkan CT FIT ini iaitu minuman detoks yang mempu melancarkan sistem pencernaan badan. Selain itu juga, minuman ini mampu memberikan rasa kenyang kepada perut seterusnya mengurangkan lagi selera untuk makan.

Selain itu juga, CT FIT ini menggunakan pemanis stevia dalam kandungannya. Ini bagi memastikan kandungan kalorinya lebih rendah berbanding menggunakan gula biasa. Ini bagi memastikan para pengguna boleh mengawal kalori yang berlebihan dalam menggunakan suplemen ini.

Semua sedia maklum, kalori yang berlebihan inilah yang akan bertukar kepada lemak jika tidak digunakan oleh tubuh badan. Oleh yang demikian, kita hendaklah mengawal kandungan kalori yang diambil oleh tubuh badan kita. Oleh yang demikian, tiada kandungan gula dalam CT FIT ini melainakan dari pemanis semualajadi Stevia.

Keistimewaan CTFIT

Kandungan CT Fit ini diformulasi oleh campuran buah beri. Ianya sesuai untuk dikosumsi oleh sesiapa sahaja yang ingin menurunkan berat badan, maintain berat badan dan memberikan tenaga kepada tubuh badan kita. Dengan rasa buah beri yang lazat pastinya akan menjadikan kita lebih menikmati minuman ini.

CT FIT ini berfungsi sebagai penyingkir toksin dan lemak yang tidak berguna dalam badan. Selain itu juga, ianya mampu membersihkan kolon anda iaitu perut sekaligus memberikan anda usus yang sihat dan melancarkan sistem percernaan. Ianya bakal menjadikan badan anda lebih bertenaga dan bersemangat.

Apa yang dapat bila memiliki CT FIT

Setiap botol CT FIT mengandungi 30 sachet produk ini. Ini untuk penggunaan selama sebulan. Digalakkan untuk mengambil sesachet sehari sebelum sarapan. Selain daripada itu, buat anda yang 1000 terawal membeli produk ini akan diberikan baju CT FIT secara percuma. Menarik bukan?

Bukan itu sahaja, buat anda yang membeli produk ini juga akan mendapat akses percuma kepada 30 video senaman yang disediakan sendiri oleh Puan Siti Aminah. Jadi ianya dapat menjadi panduan ataupun petunjuk kepada anda dalam proses anda untuk kurus.

Harga untuk produk ini bersama apa yang saya beritahu di atas juga cukup murah. Hanya RM179 sahaja untuk semenanjung Malaysia.

Bagi anda yang inginkan lagi maklumat serta pertanyaan berkaitan produk ini bolehlah melayari mana-mana medium di bawah.

Facebook: Siti Aminah Borhan

Instagram: Siti Aminah Borhan

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “CT FIT , Minuman Detoks Untuk Masalah Berat Badan Berlebihan

  • nak kena cuba jugak kalau mcm nie punya kurus kan 🙂

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *