Destini Akef Villa, Hotel Selesa di Langkawi
Destini Akef Villa | Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan ada semua mengenai penginapan yang sesuai untuk anda diami apabila berkunjung ke Pulau Langkawi iaitu di Destini Akef Villa.
Semua sedia maklum bahawasanya cuti sekolah sudah hampir tiba. Masa sebeginilah boleh diperuntukan untuk anda dan keluarga untuk berkunjung ke mana-mana tempat untuk merehatkan minda dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Bagi anda yang sukakan pantai, saya cadangkan untuk anda berkunjung ke Pulau Langkawi.
Ya, Pulau Langkawi mempunyai pelbagai tarikan untuk anda kunjungi. Namun apabila tiba ke sini, pastinya yang menjadi keutaman adalah tempat penginapan bukan? Oleh yang demikian, saya ingin cadangkan kepada anda semua untuk menginap di Destini Akef Villa.
Kenapa anda kena menginap di sini?
1. Tempat strategik
Ini kerana tempatnya yang begitu strategik. Hanya beberapa minit sahaja perjalanan ke Pantai Chenang yang terkenal itu. Selain itu juga, ianya berada dekat dengan Telaga Walk,. Salah satu tempat tarikan untuk pelancong juga. Bagi yang ingin ke Telaga Walk, hanya berjalan kaki 2 minit sahaja sudah sampai. Jadi tak usah untuk tinggal jauh-jauh.
2. Pelbagai pilihan bilik
Selain itu juga, Destini Akef Villa juga mempunyai pelbagai jenis bilik untuk anda pilih berdasarkan bilangan anda. Kalau datang ramai tu bolehlah pilih bilik yang lebih besar. Lebih selesa. Tak gitu?
Di sini terdapat beberapa jenis bilik untuk dipilih, iaitu:
| Superior (Single) RM175
| Superior (Queen) RM175
| Super Superior RM215
|Â Deluxe (Single) RM195
| Deluxe (Queen) RM195
| Super Deluxe RM235Â
Jadi buat anda yang ingin menginap dalam bilik besar itu bolehlah pilih ya. Saya tempoh hari telah menginap di dalam bilik Super Deluxe Room. Ianya mempunyai satu katil double decker dan satu katil queen. Ianya mampu memuatkan sehingga 4 orang dalam satu bilik.
Apa yang menariknya lagi, hotel ini terletak di dalam kawasan sawah padi. Jadi pemandangan yang akan anda saksikan ini sememangnya bakal memukau mata anda. Tambahan pula jika anda menginap semasa musim padi menguning, saujana mata memandanglah jawabnya.
3. Kemudahan yang menarik
Selain daripada bilik yang elok, pastinya kemudahan yang disediakan juga diperlukan bagi memastikan pengalaman kita menginap itu selesa dan memuaskan. Oleh yang demikian, di Destini Akef Villa ini terdapat kemudahan yang anda perlukan itu.
Antaranya:
– Kemudahan kolam renang
– Capaian wifi
– Tempat makan (restoran)
– Sarapan
Hotel ini kepunyaan seorang wanita yang cekal iaitu Puan Tini. Ianya adalah menifestasi kecintaan beliau kepada anaknya. Oleh yang demikian, nama hotel ini pun bersempena dengan nama anak beliau. Jadi buat anda yang berkunjung ke Pulau Langkawi, jangan lupa untuk singgah ke sini ya. 🙂
Destini Akef Villa