September 16, 2024
Hal-hal Semasa

Ayuh ke GRADUAN ASPIRE 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai GRADUAN ASPIRE.

Untuk makluman semua, GRADUAN ASPIRE ini telah memasuki tahun ke-6 penganjurannya. Tahun ini pameran kerjaya ini akan diadakan pada 28 & 29 Mei 2016 di Kuala Lumpur Convention Centre. Dikhabarkan terdapat pelbagai syarikat besar yang turut serta dalam pameran ini. Bertemakan ‘Fly High’, pastinya memberikan harapan yang tinggi untuk para pengunjung.

Antara syarikat besar yang bersama-sama dalam pameran kerjaya ini adalah Maybank, Celcom Axiata, UEM Group, Malaysia Airlines, Dell, Exxonmobil dan Nestle termasuk juga  International Islamic University Malaysia, Taylor’s University, Curtin University, Multimedia University, Universiti Kebangsaan Malaysia, University of Malaya dan banyak lagi!

Tidak hanya pameran kerjaya semata, terdapat juga aktiviti lain yang pastinya dapat menambah ilmu dan pengalaman sepanjang GRADUAN ASPIRE ini berlangsung. Antara aktiviti yang diadakan adalah ASPIRE+, ASPIRE500 Conference, ASPIRE Lounge, Agents Race, peraduan dan cabutan bertuah.

13231257_936029089828720_666157578_n

Seperti tahun lepas, pada tahun ini diadakan juga ASPIRE+ Corporate Luncheon. Dalam majlis ini dijemput para golongan profesional berserta CEO yang berpengaruh untuk turut serta dan beramah mesra di samping bertukar buah fikiran bersama para graduan yang terpilih.

Tahun ini, CEO yang dijemput adalah Tan Sri Tony Fernandes, Group CEO of AirAsia; Sridharan Nair, Managing Partner of PwC Malaysia; Benyamin Bin Ismail, CEO of AirAsia X; Badlisyah Abdul Ghani, President of Chartered Institute of Islamic Finance Professionals; Mukhtar Hussain, CEO of HSBC Bank Malaysia Bhd; dan dijangkakan lebih 200 peserta dari seluruh Malaysia.

graduan 3

Selain majlis itu, dalam GRADUAN ASPIRE ini juga diadakan ASPIRE 500 Conference di mana para talent dari universiti tempatan dan antarabangsa berpeluang untuk mendengar taklimat dan inspirasi daripada tokoh Malaysia yang tersohor. Panel untuk konferen kali ini adalah Nazrin Hassan, CEO of Cradle Fund Sdn Bhd; Leon Foong, General Manager of Uber Malaysia Sdn Bhd; Goh Ai Ching, Founder of Piktochart; and Ashran Dato’ Ghazi, CEO of The Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MAGIC).

Jadi jom kita sama-sama untuk ke GRADUAN ASPIRE 2016 pada 28 dan 29 Mei ini dari 11 pagi hingga 6 petang di kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Untuk yang  ini mendaftar awal tanpa perlu bersesak pada hari kejadian bolehlah ke http://graduan.com/aspire.

Untuk ambil mood dan melihat sendiri kemeriahan pada Graduan Aspire ini, jom kita saksikan beberapa gambar sekitar Graduan Aspire tahun lepas.

graduan 2 graduan 4 graduan

Selain itu, untuk menwarwarkan program ini kepada umum, pada 14 Mei yang lalu telah diadakan flashmob di Pavillion Kuala Lumpur. Dengan penyertaan lebih dari 50 orang peserta menjadikan flashmob yang diadakan itu meriah dan menarik perhatian para pengunjung di pasaraya besar tersebut.

Mensasarkan golongan siswasah, graduan dan yang belum bekerja, pemplet dan penerangan ringkas diberikan kepada mereka berkenaan GRADUAN ASPIRE ini. Diharapkan agar mereka turut serta untuk hadir pada 28 dan 29 Mei nanti di KLCC bersama kawan-kawan mereka.

Jadi, jom kawan-kawan semua untuk kita turut serta dalam GRADUAN ASPIRE 2016 ini. Sememangnya saya akan hadir kerana saya sendiri masih mencari kerja setelah tamat belajar beberapa bulan lepas. Sesiapa sahaja yang mahu ke sana bolehlah berbuat demikian kerana pastinya banyak peluang kerjaya yang dihidangkan.

Berpakaian kemas dan sediakan sijil serta resume anda!

Sekali lagi, berikut maklumat berkaitan majlis tersebut:

AT GRADUAN® ASPIRE 2016

28 & 29 Mei 2016

Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Ayuh ke GRADUAN ASPIRE 2016

  • Program ini sangat sesuai untuk dihadiri oleh para graduan… Tahniah diucapkan kepada penganjur program ini… 😉

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *