May 1, 2024
Hal-hal Semasa

Layari Internet Lebih Selamat Tanpa Gangguan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai salah satu browser terbaru yang ada.

Kenapa mesti baru? Kenapa tidak guna sahaja browser yang sedia ada? Nah, itu la masalahnya. Ingin saya kongsikan masalah saya sendiri ini. Pernah tak anda layari sesuatu laman web namun tetiba keluar iklan yang menjengkelkan. Biasanya ada sahaja blog yang memasang iklan namun iklan yang keluar tidak pula mereka selidiki. Kita para pembaca ini yang terpaksa melihat iklan tersebut.

Iklan yang muncul bukan sahaja ada yang tidak berkenaan malahan ada yang tidak senonoh. Mana tidaknya, yang keluar iklan itu gambar yang sememangnya tidak sesuai. Padahal kita tidak pergi ke laman web yang tidak senonoh pun. Cuba bayangkan kalau adik-adik atau anak kita yang kecil melayari internet, pastinya akan menjadi haru biru otak mereka.

Jadi terfikir juga saya, macamana nak elakkan benda ini berlaku. Maklumlah sekarang dunia tanpa sempadan. Kita tidak boleh sekat anak-anak dari menggunakan internet, namun bagaimana untuk mengelakkan pekara tersebut dari berlaku. Orang putih kata, ‘prevention is better than cure’. Jadi macamana nak menghalang ini berlaku.  To have safe internet among youth and adult in Malaysia.

“Eh? Kau ni perasan baik pula. Kalau kau tak cari laman web sebeginitu, takkan muncul punya dalam carian engkau. “

Ini bukan soal baik atau tidak. Ini soal mengelakkan terjadinya pekara yang lebih buruk dimasa akan datang. Anak-anak kecil sekarang mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat. Jadi kita semua kena mencari solusi bagi menghadapi masalah ini. Ini bukan masalah individu, tapi masalah komuniti masyarakat semua.

Saya cari punya cari, search kat internet bagaimana untuk memastikan pelayar internet melayari internet dengan selamat. Kebetulan pula ada link yang lalu kat facebook SosCili berkaitan apa yang saya cakapkan. Saya baca dan terus download Salam Browser ni. Katanya persis Google Chome versi Malaysia. Wah! Not bad juga browser ini ya. Mana tidaknya, dan tagline pun ‘Salam is the Browser that Cares. Because You Do.’ Wah! Cares macamana itu? Saya pun teruskanlah membaca.

Melindungi dari yang haram – Memberi amaran kepada pengguna dengan lebih 1.4 juta laman web yang mengandungi kandungan pornografi, perjudian, maksiat dan seuatu yang tidak beretika. Hasil carian yang tidak elok tidak akan dipaparkan kepada anda.

salam 3

Membantu menolong komuniti– Jika kita terjumpa laman web baru yang dirasakan tidak sesuai, kita boleh membuat aduan supaya orang lain tidak terjadi seperti anda. We help each other.

salam

Menjaga privasi pelayar- Semua sedia maklum yang sekarang memang sibuk diperkatakan dengan pencerobohan privasi. Namun dengan Salam Browser ini dapat mengelakkan kita dari menjadi mangsa.

salam 4

Wah! Menarik juga tu kan. Tapi saya jumpa yang lagi menarik. Salam Browser ini juga rupanya ada beberapa ciri lain yang ohsem!

Salam 1

Hah! Yang pop-up tu saya suka. Mana tidaknya asyik pop-up je yang keluar bila buka sesuatu laman tu. Memang menjengkelkan. Ada juga yang auto-download apa entah. Tahu-tahu kita termuat turun dalam komputer kita. Kalau tak bahaya tu tak apalah, ditakuti ada virus yang termuat turun sekali. Dengan menggunakan Salam browser ini pekara sebegitu tidak terjadi.

Untuk makluman, Salam Browser ini merupakan browser mesra-shariah yang pertama di dunia. Dibangunkan oleh SBRO Online Safety Solution dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Wah! Produk tempatan rupanya.

Salam Image

Apapun semoga semua dapat bersama-sama menggunakan pelayar Salam Browser ini supaya keselamatan kita dalam alam maya ini terjamin. Tidak hanya  diri kita tetapi juga ahli keluarga terdekat kita yang lain.

Anda boleh layari https://salambrowser.com/ms/ untuk memuat turun browser ini secara percuma. Saya sudah, anda pula bagaimana?

Kita sudah punya pilihan, jom bertukar ke pilihan yang lebih baik.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Layari Internet Lebih Selamat Tanpa Gangguan

  • Salam Browser ni baru lagi ye.. nampak menarik.. kena cuba ni..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *