Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 – NADMA
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Untuk makluman, entri ini ditulis berdasarkan post yang disiarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara di laman Facebook rasmi mereka. Untuk membaca tulisan asal bolehlah menekan pautan ini. (Klik di sini)
Untuk makluman semua, bantuan ini adalah untuk keluarga waris yang meninggal akibat oleh Covid-19. Bantuan sebanyak RM5000 akan diberikan kepada waris yang ahli keluarga mereka meninggal akibat Covid-19.
Syarat-syarat Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19
- Hanya pengesahan kematian berkaitan Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai untuk pengesahan bantuan khas ini.
- Hanya kematian berkaitan Covid-19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati.
- Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama sahaja.
Kaedah Permohonan
- Mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap. Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak.
- Antara borang yang diperlukan adalah : Borang permohonan (Lampiran A) yang telah disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19 , Salinan sijil kematian, Salinan kad pengenalan pemohon (waris si mati), salinan penyata bank (yang masih aktif) pemohon iaitu waris si mati.
- Hantar permohonan yang lengkap melalui pos, email ataupun whatapps ke NADMA:
Alamat pos:
Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri, Aras 7 Blok D5, Kompleks D
Pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p: Sekretariat KWABBN)
Email:
bkcovid19@nadma.gov.my
Whatapps:
+6011-13218056
Kaedah Pembayaran Bantuan Khas
Bayaran bantuan khas akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam masa 30 hari dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Ikuti blog amirnawawi.com untuk info menarik