Testimoni Set Jerawat Serene Beaute – Terbaik Bos!
Testimoni Set Jerawat Serene Beaute | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan ada semua mengenai Set Jerawat Serene Beaute.
Alkisahnya macam ni. Entah kenapa semenjak dua menjak ini, kerap sangat muka saya ini naik jerawat. Nak kata hormon remaja, saya sudah melepasi usia tersebut. Sekarang sudah masuk fasa usia remaja purba. Mungkin perubahan hormon akibat terlampau stress barangkali. Yalahkan asyik PKP, PKPD, PKPP entah apa lagi istilah yang muncul.
Pening kepala memikirkannya. Pemakaian mask juga menjadikan kulit tidak selesa. Mungkin ini juga sebab naiknya jerawat di muka saya. nak tak nak memang kena pakai juga kan. Untuk keselamatan diri sendiri dan semua yang ada disekeliling kita. Bahagian hidung dan dahi biasanya ia muncul. Paling stress bahagian hidung. Sakit!
Jadi cari punya cari solusi, nampak ada kawan kongsikan berkaitan produk ini. Saya ada jumpa berkenaan set jerawat Serene Beaute ini. Banyak testimoni yang menarik dan meyakinkan. Jadi saya yang sememangnya ada sedikit masalah kulit parut jerawat ambil keputusan nak cuba la guna. Mana tahu kena dengan kulit atau serasi kan. Ini kiranya testioni jujur daripada saya lah.
Jadi setelah beberapa hari menggunakan produk ini, saya nampak jelas dan ketara jerawat yang mesra di muka kembali kecut dan pudar. Sememangnya produk ini serasi dan kena dengan keadaan kulit saya. Tu hah, atas dahi nampak la sedikit lagi parut jerawat. Semoga selepas beberapa hari lagi penggunaan kulit saya akan lebih ok. Tapi paling best dah nampak kecut walaupun baru beberapa hari guna 🙂
Kit Set Jerawat Serene Beaute
Untuk makluman anda semua, di dalam Set Jerawat Serene Beaute ini terdapat 5 jenis produk iaitu:
- Coconut Oil Soap
- White Sakura Toner
- Daily Cream
- Treatment Cream
- Repairing Cream
Setiap produk mempunyai fungsi dan kebaikan yang tersendiri. Pastinya setiapnya membantu dalam memperbaiki kulit yang berjerawat dan mengembalikan keceriaan wajah.
Selain itu juga, set kit ini memang senang untuk digunakan. Tak perlu remeh dan bersusah payah kerana setiap langkah sudah diterangkan untuk memudahkan para pengguna menggunakan produk ini. Cara penggunaan produk ini adalah seperti di bawah:
Harga Set Jerawat Serene Beaute
Mungkin ramai yang tertanya-tanya berapa harga untuk set jerawat yang diformulasi khas oleh Serene Beaute ini. Harganya hanyalah RM120 sahaja untuk satu set!
Ya! Kalau anda beli produk lain harganya memang tinggi, namun di Serene Beaute mereka memang nak membantu sesiapa yang mempunyai masalah kulit untuk mendapatkan produk dalam harga mampu milik.
Tak perlu lagi membeli produk yang mahal-mahal padahal anda boleh dapatkan manfaat yang sama dalam produk Serene Beauty ini.
Eh, bimbang la nak guna produk tempatan ni, selamat ke?
Jangan bimbang buat anda yang mungkin sedikit ragu untuk menggunakan produk Serene ini. ya saya tahu akan kegusaran anda. Untuk makluman anda semua, produk Serene ini telah disahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi anda tak perlu ragu-ragu dalam menggunakan produk ini. Berikut adalah nombor yang diberikan untuk setiap produk. anda boleh semak untuk lebih kepastian berkaitan produk ok.
Produk Lain Serene Beaute
Tidak hanya produk Set Jerawat sahaja, di Serene mereka juga mengeluarkan pelbagai lagi produk unutk kesihatan dan penjagaan kulit anda. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba beberapa produk lain yang dikeluarkan oleh pihak Serene iaitu:
1.Slimming Soap
Slimming soap ini diperbuat daripada akar wangi, kunyit, ektrak halia liar, serta herba terbaik dan terpilih. Ianya sesuai untuk membuang angin dalam badan, menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut di badan atau muka, melancarkan peredaran darah dalam badan, menghilangkan gatal-gatal kulit, panau serta kudis. Selain itu juga ia mampu mempercepatkan pengecutan jerawat di badan.
Cara nak guna pun mudah sahaja. Secara perlahan-lahan, gosokkan sabun pada seluruh badan. Basuh badan sebersihnya dengan air sejuk atau suam. Penggunaan yang kerap akan melembutkan dan melicinkan kulit terutama di kawasan kasar seperti siku.
2. Darky
Darky pula merupakan produk yang diformulasi untuk memutihkan badan, dan menghaluskan kulit. Memang sesuai untuk sesiapa yang mempunyai masalah kulit berdaki kerana sabun ini akan menghilangkan daki-daki yang melekat pada badan dengan penggunaan betul dan berterusan.
Baunya pun cukup wangi selain kandungan ekstrak koko yang dicampur sekali di dalamnya. Cara nak guna pun cukup mudah sahaja. Sapu di badan dan urut lembut untuk 2-3 minit dan bilas. Vitamin dan mineral dalam susu beras akan memelihara kulit dan menyihatkan kulit anda seterusnya menjadikan kulit anda lembab dan lembut selepas penggunaan. Yang ini memang best bau dia. Sekarang saya tengah guna sabun ni.
Apa yang lebih menarik berkenaan produk ini adalah Jaminan Wang Dikembalikan (Money Back Guarantee) sekiranya anda tidak berpuas hati dengan hasil yang anda terima daripada penggunaan produk ini. (tertakluk terma dan syarat)
Jana Wang Dengan Serene Beaute
Ini adalah makluman yang penting untuk anda yang teringin menjana pendapatan bersama Serene Beaute. Ya lah kan, waktu PKP ini agak ramai yang terkesan dengan keadaan ekonomi keluarga masing-masing. Jadi pihak Serene berbesar hati untuk menawarkan peluang kepada yang berminat untuk menjadi dropship mereka.
Kelebihan Join Team Serene
Tanpa Modal
Komisyen Tinggi
Bahan Marketing Disediakan
Coaching Group/Team Support
Reward Yang Menarik !
Jadi sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Serene bolehlah menghubungi mana-mana medium di bawah:
Facebook: Serene Beaute HQ
Instagram: SereneBeute_HQ
No Telefon : +60104437814
Teruskan membaca artikel lain di amirnawawi.com