Pelbagai Tawaran Jam Tangan Menarik di Beecomb 3D Virtual Watch Expo
Salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Beecomb 3D Virtual Watch Expo.
Semua sedia maklum bahawasanya seluruh dunia sekarang dilanda pandemic Covid-19. Jadi aktiviti perkumpulan beramai-ramai adalah tidak digalakkan. Segala penganjuran yang melibatkan menyertaan ramai hendaklah dilaksanakan dalam norma baru. Oleh itu, saya cukup teruja dengan penganjuran ekspo secara maya ini.
Jujur untuk saya katakan yang ini adalah pertama kali saya mengetahui ekspo seumpama ini diadakan. Ianya dianjurkan oleh pihak Beecomb selaku pengajur bagi ekspo yang hebat ini. Pelbagai aktiviti dirangka sepanjang ekspo ini berlangsung, namun pada kali ini saya ingin memfokuskan tentang Beecomb 3D Virtual Watch Expo. Ianya lebih memfokuskan tentang ekspo jam tangan.
Seperti yang saya katakan pada awal entri, ekspo ini adalah Expo Jam 3D Virtual Pertama di Malaysia! Ia bukannya sekadar gambar semata-mata, namun anda boleh berjalan-jalan di dalam ekspo ini secara 3D! Terbaiklah. Saya sendiri cukup teruja dengan ekspo sebegini. Maklumlah pertama kali ianya diadakan secara maya sebegini.
Tidak hanya dengan itu, pelbagai nama-nama hebat yang terlibat dalam ekspo pada kali ini. Nama-nama yang sememangnya gah dalam arena penghasilan jam tangan yang terbaik di dunia. Antara nama besar yang terlibat adalah Ciga Design, Raymond Weil, Seiko, Citizen, Mazzucato, Rotary, Titoni, Micheal Kors, Fossil, Emporio Armani, Titan, Evox, Zoid, Nsquare, Achtung, Alba, Casio, G-Shock, dan Baby-G.
Selain itu juga, terdapat jenama jam tangan yang cukup berbaloi untuk dibeli seperti jam tangan Evo. Terdapat pelbagai tawaran yang menarik dari Evo iaitu jam tangan dengan harga hanya RM83.10, RM52.90 dan juga RM 199 + RM1 (iaitu beli satu dan belian kedua pada RM1). Terbaik lah!
Ekspo ini terbuka kepada semua. Mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk menyertai ekspo yang super hebat ini. Caranya cukup mudah, muat turun sahaja aplikasi Beecomb di App Store, Play Store & Huawei Apps Gallery dan anda sudah siap untuk digunakan dan menyertai ekspo ini. Jangan bimbang ianya app percuma untuk semua! Guna dengan mobile sahaja dan anda boleh melawati ke dalam dewan pameran.
Anda boleh bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggerakkan kursor di telefon anda. Siap boleh tanya berkaitan produk tersebut pada pempamer juga! Memang terbaiklah. Ibarat anda pergi ke ekspo sebenar namun realitinya hanya duduk baring atas katil sahaja. Memang convenient betul.
Memang mantap dan gempak lah. Jadi tanpa batasan lagi untuk anda melihat dan membeli belah jam tangan kesukaan anda di sini. Masuk dan tengok sahaja dahulu. Bila sudah anda yang berkenan di hati, masukkan ke dalam shopping cart. Seterusnya pilih preferred shipping company dan jumlah harga barangan dipamerkan secara automatik. Tak perlu bimbang tentang apa-apa kerana ianya dilengkapi dengan integrated payment gateway! Selamat dan mudah.
Jadi tunggu apa lagi, jom kita bersama-sama memeriahkan Beecomb 3D Virtual Watch Expo ini. Ianya berlangsung dari 29-31 Ogos ini dari 10 pagi hingga 12 tengah malam. Jadi jomlah beli jam yang anda inginkan. Saya pun dah ada yang diimpikan, semoga dipermudahkan urusan untuk menyambarnya nanti!
Wah menarik betul Applikasi Beecomb ni…sekarang semua di hujung jari tapi terasa macam tengah jalan2 shopping kat expo betul. Cool gila la , nak kena usha kot ada watch yang berkenan.
Wow! Boleh pergi expo sambil baring
Yang dapat beli kat harga RM53 sudah tentu mesti happy satu bulan. 😀