October 4, 2024
Food

Nikmati Kebaikan Washington Blueberries

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri pada kali ini saya ingin berkongsi mengenai kebaikan Washington Blueberries.

Washington Blueberries

Dengan keadaan sekarang yang tidak menentu, pastinya badan kita mudah terdedah kepada penyakit. Pemakanan yang sihat disamping penjagaan kebersihan diri yang ketat dapat mengelakkan kita dari dihinggapi penyakit. Itulah pentingnya kita menitik beratkan apa jua yang masuk ke dalam mulut kita. Tidak boleh makan sembarangan.

Pengambilan buah-buahan amatlah penting bagi meastikan nutrient yang mencukupi berjaya diserap oleh tubuh. Oleh yang demikian, kandungan dalam Washington Blueberries ini sememangnya sesuai untuk dinikmati oleh semua orang bagi memastikan nutrien sihat dapat diperolehi untuk badan.

Menggiurkan!

Buah blueberries ini amatlah manis, semulajadi, rapuh dan berkhasiat. Ianya juga digelar sebagai superfood kerana kepelbagaian khasiat yang terkandung di dalamnya. Buah ini didapati ditanam secara meluas di Washington Amerika Syarikat. Dengan keadaan tanah yang sesuai, Amerika Syarikat merupakan pengeluar terbesar buah blueberries ini dari negara lainnya. Washington adalah tempat pengeluaran terbesar di sana.

Blueberries dipek dan dieksport ke seluruh dunia termasuk Malaysia

Frozen Blueberries dan Blueberries Segar.

Baiklah sekarang kita akan berbicara tentang perbandingan mengenai frozen blueberries dan juga blueberries segar.

Blueberries di musim panas

Untuk makluman semua, blueberries segar hanya boleh diperolehi semasa musim panas manakala buah blueberries frozen boleh didapati sepanjang tahun dan memudahkan untuk kita semua menikmatinya. Beli banyak-banyak dan letak sahaja dalam peti sejuk. Nak makan, ambil sahaja dan terus kunyah.

Selain itu juga, para pengkaji menemui bahawasanya anda boleh mendapatkan extra antioxidant jika anda menikmati buah blueberries frozen dalam masa 3 bulan ianya dibekukan. Berdasarkan kajian dari South Dakota State University pula, membekukan blueberries akan membangkitkan antioxidant yang kuat dan membolehkan badan kita untuk menyerapnya. Ini kerana anthocynins iaitu sebatian antioxidant yang menjadikan buah blueberries ini biru didapati di kulit buah. Bila dibekukan, struktur sel ini terganggu dan menjadikan ianya lebih mudah untuk diserap oleh tubuh badan kita.

Dari segi kandungan kesihatan pula, satu mangkuk Washington blueberries ini mengandungi 80 kalori setiap hidangan. Buah ini juga rendah lemak dan sodium. Selain itu juga, ianya mengandungi Vitamin C, dan serat. Semangkuk blueberries ini mengandungi 3.6 gram serat. Ianya juga mengandungi phytonutrients yang dikenali sebagai polyphenols.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyarankan pengambilan sayuran dan buah-buahan yang mengandungi phytonutrients tinggi dalam sajian harian. Jadi pemilihan buah Washington Blueberries ini adalah satu pilihan yang tepat utnuk dimasukkan dalam diet harian anda.

Cadangan Penyajian

Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk menikmati buah blueberries dalam sajian sehari-hari kita. Boleh sahaja tambah buah ini dalam cereal, oat atau minuman smoothies anda. Oh! Tak lupa juga boleh dimasukkan dalam salad. Konfirm sedap.

Jem Blueberries

Selain itu juga boleh tambahkan pada roti, muffin, dan pankek. Menggunakan buah ini dalam sajian burger anda dapat mengurangkan pengambilan daging. Menjadikan burger anda lebih sihat dan sedap.

Mufin bersama Washington Blueberries

Selain itu, anda boleh menggunakan blueberries ini sebagai pencicah untuk sajian anda. Tak hanya dengan itu, anda boleh juga masukkan dalam kentang lenyek dan juga yogurt. Saya yakin pasti sedap. Oh! Kalau letak atas aiskrim pun boleh tahan juga rasanya. Pasti nak lagi dan lagi.

Resepi Washington Blueberries

Baiklah sekarang saya ingin sampaikan dengan anda semua mengenai resepi yang dikongsikan oleh Indra Balaratnam iaitu pakar dietatik. Resepi yang cukup mudah dan berkhasiat ini memberikan anda kepelbagaian cara untuk menikmati buah Washington Blueberries.

Washington Blueberries Rehyrator

½ cawan frozen Washington blueberries
250 air kelapa
1 biji pisang frozen

Cara Penyediaan juga cukup mudah. Masukkan kesemua bahan ke dalam smoothies blender. Kisar sehingga kesemua bahan sebati bersama dan sedia untuk dihidangkan. Yummy!

Washington Blueberries Wholewheat Waffles

1 cawan Washington Blueberries Frozen
1 ½ cawan tepung gandum
3 sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam
340 ml susu rendah lemak
2 biji telur
3 sudu makan minyak sayuran
2 sudu makan badam kisar

Cara untuk memasaknya pula adalah pukul telur, susu rendah lemak, dan juga minyak sayuran dalam mangkuk dan aduk sekata. Dalam mangkuk berasingan pula masukkan tepung gandum, serbuk penaik dan juga garam. Seterusnya masukkan ke dalam mangkuk yang pertama tadi dan adun sekata sehingga menghasilkan cairan yang sebati.

Masukkan pula badam kisar dan seterusnya masukkan Washington Blueberries Frozen dan pukul sebati secara perlahan-lahan supaya buah tadi tidak hancur sepenuhnya. Tuangkan sebatian ke dalam mesin wafel anda dan sedia untuk dihidangkan. Mudah bukan?

Tengok pun dah rasa sedap dan teringin nak makan

Jadi buat anda yang ingin mendapatkan buah Washington Blueberries ini bolehlah mendaptkannya di pasaraya yang berdekatan dengan anda. Pasti sedap dan berkhasiat!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

One thought on “Nikmati Kebaikan Washington Blueberries

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *