January 21, 2025
Hal-hal Semasa

Beli Rumah, Dapat Tunai Umrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan satu peluang yang amat baik untuk kesemua para pembaca khususnya Bumiputera. Ini kerana IJM bersama Andalusia bekerjasama untuk merelisasikan impian setiap Muslim ini.

Untuk makluman semua, syarikat IJM Land Bhd telah bekerjasama Andalusia Travel & Tour Sdn Bhd untuk memberikan pakej umrah kepada kesemua para pembeli rumah dalam kalangan bumiputera di Seremban 2 dalam kempen ‘Beli Rumah Jom Umrah’

Beli Rumah, Jom Umrah

Ini adalah kerjasama mereka untuk memastikan para Bumiputera khususnya Muslim untuk membeli rumah kediaman disamping mendapat pakej umrah. Kerjasama ini diharapkan dapat menggalakan Bumiputera untuk membeli kediaman di Seremban 2 sekaligus memenuhi tuntutan agama untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah.

IJM Land 2

Menurut Mr Hoo Kim See, Pengurus Kanan Bahagian Tengah IJM Land memaklumkan bahawa promosi yang dijalankan sehingga 31 Julai ini diharapkan dapat meringankan beban bumiputera untuk mendapatkan kediaman mereka pada harga yang berpatutan disamping memenuhi tuntutan agama.

Selain memberikan pakej umrah nutuk pembelian, IJM juga menawarkan  tawaran 0% interest installment plan sehingga 36 bulan menggunakan kad kredit selain 2 tahun keahlian S2 percuma. Kos guaman juga diberikan subsidi kepada pembeli.

IJM Land 3

Menurut Mr Hoo lagi, jikalau para pembeli tidak bersedia untuk ke tanah suci, pakej itu boleh diberikan kepada kedua ibu bapa mereka. Ini adalah pakej kasih sayang kepada ibu bapa disamping memberikan mereka peluang untuk memenuhi tuntutan agama ini.

Seremban 2 merupakan  pembangunan IJM Land di Negeri Sembilan seluas 2900 ekar. Ia menyediakan bandar yang lengkap dan kemudahan yang mencukupi untuk para penduduk. Sehingga hari ni, Seremban 2 ini menjadi pembangunan yang paling proresif dan berjaya di Negeri Sembilan. Dengan kemajuan 90% dan populasi yang melebihi 50000 dengan 30% adalah bumiputera.

Jom kita lihat sekitar Seremban 2 ini:

S2 Township Hill View Overlooking the whole Seremban 2 Hill Park 030 Feature_MasjidHussain_P9040812 Aerial View 2 AERIAL VIEW OF S2 CITY PARK & GOVT PRECINST

Exif_JPEG_PICTURE

Harga untuk rumah ini berharga antara RM488,110 untuk double storey bersambung dan RM925,110 untuk doubles-storey semi D. Innya amat berbaloi dengan lokasi yang berdekatan dengan lebuhraya. Dianggarkan hanya 30 minit sahaja jarak perjalanan ke Kuala Lumput dan sememangnya sesuai untuk yang bekerja di ibu kota ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘Beli Rumah Jom Umrah’ ini bolehlah ke www.ijmland.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

3 thoughts on “Beli Rumah, Dapat Tunai Umrah

  • pakej yg menarik ni.. tapi harga rumah boleh tahan juga mahal.. hambir cecah setengah juta tu.. tiap bulan kena byr lebih RM2 ribu.. huhuhu..

    Reply
    • Sekarang kebanyakan rumah memang mencecah harga setengah juta. Lagi2 di kawasan strategik.

      Menyesal dulu x pasang cita2 jadi developer perumahan he…23x

      Reply
  • kena bayar pakai kredit pulak, mananya lbih 36 bln kna interest la ye..alahai, rumah single storey tak de..kalau tak kurang ckit harganya kan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *