Jom Berbuka Bersama Felda D’Saji
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai bufet Ramadan yang disediakan oleh Felda D’Saji.
Untuk makluman semua, untuk Ramadan kali ini, terdapat 5 tempat berbuka yang di tawarkan oleh Felda D’Saji iaitu di
1.Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak
2.Restoren Terapung KL Titiwangsa
3. Restoren Felda Villa Jalan Maktab
4. Asmara Penchala Kg Sungai Penchala
5. Kajang perdana Avenue Kajang
Pada tahun ini, pihak D’Saji telah bekerjasama dengan Chef Ammar Ali iaitu chef selebriti untuk membawakan hidangan dari timur tengah. Pelanggan yang berkunjung ke venue ini berpeluang untuk merasa sendiri hidangan yang disediakan oleh Chef Amar seperti Nasi Beriani Arab, Nasi Kabsah, Baklava, Kanafah , Halwa, Mamdul, Basbudah dan banyak lagi.
Tidak lupa dengan selera orang Malaysia, Felda D’Saji juga menyediakan masakan kampung yang terkenal yang dimasak oleh Chef Ismail Jaafar. Aneka sup, italian corner, aneka bubur dan banyak lagi disediakan kepada semua.
Felda D’saji juga menyediakan air zamzam dan kurma Nabi untuk pembuka puasa yang saya pasti tiada disediakan di tempat lain. Ianya ekslusif di Felda D’Saji.
Selain itu, terdapat makanan lain juga yang disediakan, antaranya celup-celup (steamboat), spageti dan pelbagai lagi yang pastinya menarik selera anda untuk merasa sendiri keenakan masakan ini.
Selain itu juga, terdapat pelbagai jenis hidangan pencuci mulut yang terkenal di Malaysia disajikan kepada pelanggan yang bakal berkunjung nanti. Meleleh leleh air liur saya semasa merasa kesedapan hidangan ini. Ditambah pula dengan seleksi air bagai di bazar Ramadan itu.
Hidangan Chef Ismail dan Chef Ammar ini boleh dinikmati di Dewan Perdana Felda, Asmara Penchala, dan juga di Kajang Perdana Avenue. Manakala di Felda Villa dan KL titiwangsa pula anda dapat menikmati masakan ala bazar Ramdahan. Dan tambahan di KL Titiwangsa mereka menyediakan hidangan laut (seafood) kepada pelanggan.
D’Saji juga tidak melepaskan peluang meraikan pelanggan setia mereka dengan memberikan diskaun hebat kepada pembeli awal sebelum 5 Jun.
1. Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak (RM76 , harga asal RM96)
2. Restoren Terapung KL Titiwangsa (RM79, harga asal RM125)
3. Restoren Felda Villa (RM59, harga asal RM90)
4. Asmara Penchala (RM55, harga asal RM69)
5. Kajang perdana Avenue Kajang (RM35, harga asal RM45)
Selain itu juga, para pelanggan yang bertuah akan dibawa ke tanah suci untuk menunaikan umrah yang ditaja sepenuhnya oleh Felda Travel. Wah!
Untuk maklumat lanjut dan sesiapa yang berminat untuk berbuka puasa di Felda D’Saji bolehlah menghubungi di talian 03-26988302 atau email kepada salesdsaji@felda.net.my