October 5, 2024
Hal-hal Semasa

BenZuli – Pasaraya Mini Halal di Wangsa Maju

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai pasaraya mini halal yang terbaharu di Wangsa Maju iaitu Pasaraya Mini BenZuli.

Untuk makluman semua, Pasaraya Mini Benzuli ini telah memulakan operasinya pada 1 Januari 2019 yang lalu. Dengan memilih Wangsa Maju sebagai lokasi kedai, ianya pasti memberikan kemudahan kepada penduduk di sana untuk mendapatkan barangan halal pada harga yang berpatutan.

Pada hari pembukaan juga telah diadakan jualan ayam pada harga RM1 sahaja seekor dengan pembelian RM50 ke atas. Ramai juga yang datang pada pembukaan kedai ini tempoh hari.

Dengan konsep pasaraya mini, Benzuli menjual pelbagai barangan yang meliputi barangan makanan dan juga barangan kegunaan am yang lain. Dari barangan makanan seperti ayam, ikan, sayur, buah-buahan serta pelbagai barangan yang lain.

Ayuh kita saksikan antara barangan yang terdapat di sini.

Seleksi kicap dan sos cili
Seleksi mi segera
Bahan minuman
Bahan masakan
Kudap kudapan
Sambun pencuci dan juga racun serangga
Minuman dalam tin dan botol
Sabun pencuci
Makanan dalam tin
Bawang dan kentang
Telur dan produk cili kering

Turut dijual di sini adalah barangan dari usahawan bumiputera yang lain. Dimaklumkan bahawasanya terdapat lebih kurang 30 produk usahawan bumiputera yang lain akan ditempatkan di sini. Yang pasti, ianya telah disahkan halal dan disediakan dengan mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Jadi, buat pengguna Islam tidak perlu ragu-ragu lagi untuk menggunakan produk sebegini.

Pes masakan dari The Magic Chef

Pes masakan dari The Magic Chef

Sambal kicap jawa dari The Magic Chef
Sambal hitam Pahang istimewa dari Minz

Jadi, pembukaan pasaraya mini Benzuli ini adalah memudahkan kita semua orang Islam untuk mendapatkan barangan yang pastinya halal dan tanpa ragu-ragu. Jadi, marilah kita bersama-sama menyokong perniagaan umat Islam supaya hasilnya kembali kepada kita semua nanti.

Untuk anda yang ingin berkunjung ke Pasaraya Mini Benzuli, berikut adalah alamatnya:

Pasaraya Mini BenZuli
No 6 Jalan Metro Wangsa,
Seksyen 2 Wangsa Maju
Telefon: 0189767099
Facebook: Benzuli Official



 Pasaraya mini ini beroperasi setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 11 malam .

Sesungguhnya mencari yang halal itu fardu bagi umat Islam.




amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *