Lugar De La Boda, Dewan Perkahwinan Ala Taman di Puchong
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua dewan perkahwinan ala taman terbaharu di Puchong iaitu Lugar De La Boda

Dengan pembukaan rasminya pada 5 Januari yang lepas, dewan yang ditata rias ala taman yang serba indah ini telah mula menerima tempahan oleh bakal raja sehari untuk melangsungkan majlis mereka di sini.
Bertempat di Persiaran Tasik Prima 4, Lake Vista Puchong, Lugar De La Boda sememangnya cukup strategik dengan segala kemudahan yang ada untuk sampai ke sini. Kawasan parkir kenderaan juga luas menantikan kehadiran tetamu yang bertandang.
Seperti kita semua sedia maklum, sebelum ini saya juga telah berkongsi dengan anda semua mengenai syarikat Hanana Group, pastinya anda semua sudah sedia maklum akan keprofesionalan mereka dalam mengurus sesebuah majlis yang anda impikan. Rujuk di sini
Tidak hanya dengan tempat yang cantik menarik dan membuatkan anda tertarik, makanan yang mereka sajikan juga tak perlu disangkal lagi. Mana tidaknya, lauk yang dimasak oleh tukang masak profesional mereka mampu memberikan senyuman kepada sesiapa yang memakannya.
Dengan lauk masakan asli Melayu, ditambah dengan segala kuih muih dan juga hidangan sampingan lain, pastinya memberikan pengalaman yang berbeza kepada tetamu yang menghadiri majlis anda nanti.





Selain itu juga, terdapat vendor-vendor yang boleh anda pilih untuk menambahkan lagi hidangan yang ingin anda sajikan kepada tetamu anda. Semua ini boleh dibincangkan bersama pihak Hanana Group.
Dari cendol, laksa Penang, cekodok bawang, char koe teow, satay, kambing panggang, aiskrim, ayam potong dan pelbagai lagi. Pastinya tetamu yng hadir akan balik kekenyangan selepas majlis anda.







Baiklah berbicara tentang pakej yang disediakan di sini, anda boleh pilih mengikut pakej yang anda kehendaki.

Selain itu juga, dewan perkahwinan Puchong ini boleh memuatkan 50 biji meja dan 500 biji kerusi chivari gold di dalam satu satu masa. Terdapat juga tandas lelaki dan tandas perempuan di bahagian belakang dan juga surau lelaki dan perempuan di bahagian tepi dewan. Pejabat HGSB berada di sebelah surau lelaki.
Selain itu, terdapat juga bilik akad nikah untuk para pengantin yang ingin turut sama melangsungkan majlis akad nikah dsitu.
Jadi buat anda yang ingin melangsungkan perkahwinan anda di Lugar De La Boda ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:
Alamat HQ Hanana Group
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak, Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya
Alamat Lugar De La Boda
Lugar De La Boda
Persiaran Tasik Prima 4,
Lake Vista,
47100 Puchong,
Selangor.
Farah – 016 – 6700 457
Hanis – 016 – 6700 752
Rezza – 016 – 6700 473
Liana – 016-4318 434
keruruk daging, gulai kawah, kurma daging amat memenuhi citarasa Melayu… lokasinya juga yg menarik…
Wahhh cantik nya tempat tu. Dah la makanan pun nampak sedap2. Senang kalau ambik pakej mcm ni. Tak pening kepala nak pikir sewa dewan mana, catering mana.
banyak betul menu makanan yang dihidangkan ye, seronok dan tambah jadi lapar dibuatnya. Bagi kak lily harga pakej tuh tidaklah mahal mana dan bersesuaian dengan budget masa kini. all the best Hanana Group
cantiknya kawasan dia. makanan pun semua nampak sedap. senang kalau dah siap pakej semua macam ni tinggal nak kumpul duit je
Menarik ni dengan harga pun berpatutan. Yang penting tengok makanan sedap-sedap hahaha..boleh la nanti kak min rekmenkan pada bakal-bakal pengantin
All in promotion tu RM23K…fuiyoooo…murah tu…memang berpatutan harga tu Amir..tengok makanan pun macam- macam ada..nanti boleh rekemen kat kawan- kawan..diri sendiri nak kawen ntah bila..tarikh dah ada tapi tahun x tahu bila…hehehe…
Uniknya nama dia. Tengok menu-menu yang dihidang semua menarik dan nampak sedap. Harga pun memang sesuai sgt lah dengan apa yang ditawarkan. Lengkap semuanya.
Amboi meriah betul makanan yang ada. Semua nampak sedap dan menarik. Tapi yang paling best gulai kawah dan kerutup daging tu. Ada dua menu ni lauk ayam langsung tak pandang dah. Serius nampak sedap semua makanan yang disediakan.
laaa.. dekatnya je ngan area rumah. nak kena rasa makanan dia . confirm ada food tasting before orang amik pakej disini kan… boleh suggest kat kawan2 yg anak anak nak kawin nnti kan.
Menarik sangat dengan harga yang sangat affordable. Dahlah tempat cantik, fasiliti lengkap, hidangan makanan juga sangat menarik perhatian. Paling suk kerutuk daging tu. Aduhai. Kecur memalam ni tengok gambar. Kuih muih pon sedap² belaka. Rasa nak ngap semua. Boleh suggest kpd bakal mempelai ni. Rugi kalau tak grab! Thanks for sharing
Lauk dia best2 nampak.. Esp yg kambing bakar tu. Mesti sedap kan. Kalau mcm ni agak2 satu kepala berapa la diorang charge eh..
kalau untuk 1000pax tu rasa berbaloi sebab totally event banyak disediakan. siap ada kambing bakar. jarang majlis kahwin orang nak buat kambing bakar ni. siapa yang berdekatan dengan lokasi dan masih tercari2 tempat yang sesuai dan selesa boleh la mereka try survey disini.
Wahh I didn’t know there’s such a beautiful wedding venue in Puchong, will recommend this around, the food looks really good too, I’m so hungry looking at em.
Sedap2 tengok lauk pauk dia, tempat pun menarik. Nampak gaya sis kena tunggu Amir khawinlah ekk..baru sis boleh merasa makanan kat situ. So cepat2 lah khawin ya Amir..hehehe
Wow…tempat ini memang cantik giler kan. Tambah dengan lauk-pauk yang bukan sahaja cantik hiasannya, malah amat menyelerakan. 🙂 Kalau nak buat bersanding bolehlah consider sini kan. 🙂
telan air liur jela tengok menu kenduri yang sedap2 tu. Ya Allah, lama betul rasanya tak pergi kenduri. Amir kawen nanti nak buat kat sini ke? Hihi
pergh nama dia macam ala ala italian ke france ke ni Lugar De La Boda, huhuhuhuh… menarik gak, nanti ada kawan kawan i nak kahwin ke i rekomen mereka pergi sini… usually orang have have suka buat wedding ceremony di dewan.. sebab nak beri keselesaan pada tetamu yang hadir 🙂
Banyaknya pilihan makanan kat sini. Semua nampak sedap sedap. Cantik pun cantik tataris untuk dewan dia. Mesti meriah kalau buat Majlis kahwin kat sini
Makkkk, nak kawennn
seems like a nice place for Muslims to do their wedding there! looks very elegant and high class too! now everything in package makes it easy for ppl to choose.
Wahh…. Memang menarik! Tersuka dengan pakej RM23k tu. Berbaloi berpatutan sebab all. In one. Memudahkan bakal Pengantin dan Keluarga. Tempat pun lawa, food pun dah buat kita terliur ni. Hehe
Harga pakej tu memang wow dan berbaloi sebab dapat dewan yang sebegitu indah dan paling penting selesa untuk pengantin dan tetamu. Part makanan yang cendol tu sedap weh, hehe
Senang nak buat budget skrg, ada banyak pakej perkahwinan yg dah siap All-in-One. Blh cuba tengok pakej perkahwinan kat hotel jugak. Kadang2 ada promosi pakej yg menarik jugak.
Pingback: Bufet Ramadan Terbaik Selangor 2021 - Lugar De la Boda Puchong - AMIRNAWAWI