Hari Terbuka dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya Meriah!
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera henhdaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Hari Terbuka dan Uji Rasa Ambassador Putrajaya yang telah saya hadiri hujung minggu lepas.
Bertempat di Presint 15 Putrajaya, Hanana Group Sdn Bhd telah mengadakan majlis ini untuk bakal-bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan mereka. Majlis yang diadakan ini cukup memberikan pengalaman yang terbaik buat bakal pelanggan mereka. Mana tidaknya, pada majlis ini, terdapat pelbagai diskaun menarik yang boleh direbut oleh mereka. Selain itu juga, terdapat juga sesi uji rasa makanan yang mereka sediakan.
Jadi pada majlis ini, anda bolehlah makan dan rasa masakan mana yang anda inginkan pada majlis anda nanti. Bagi saya, pastinya akan membuatkan anda kebingungan mahu pilih makanan yang mana. Ini kerana semua makanan yang disediakan di sini cukup sedap dan menyelerakan.
Antara makanan yang disajikan adalah, nasi minyak, ayam masak merah, daging gulai kawah, acar buah dan pelbagai menu lain lagi. Yang pasti, masakan terbaik mereka iaitu kambing panggang juga ada disediakan bersama sos lemon mereka yang sedap itu.
Selain itu juga, terdapat pencuci mulut yang dapat anda rasai sendiri. Saya pasti ianya bakal menjentik deria rasa anda lagi dan lagi.
Selain itu juga, terdapat para pekerja dari Hanana Group yang akan melayani anda untuk bertanyakan pelbagai pakej yang anda inginkan. Dan yang lebih menariknya, pada sesi kali ini anda bakal mendapatkan sehingga RM5000 diskaun bagi majlis anda. Banyak bukan? Tak rugi sesiapa yang datang ke majlis ini.
Selain dari pakej asas katering dan tempat, terdapat juga pakej lain yang boleh anda pilih di hari bahagia anda. antarnaya yang telah saya cuba adalah pakej photobooth ini. Ianya bakal memberikan kenangan tambahan kepada tetamu yang hadir pada majlis berbahagia anda itu nanti.
Di Ambassador Putrajaya ini, terdapat pelbagai majlis yang dapat anda anjurkan di sini. Antaranya majlis persandingan, pernikahan, pertunangan, pelancaran produk dan pelbagai majlis yang lain. Ruangan yang cukup besar dan selesa, pastinya memberikan kemudahan kepada pelanggan dan pengunjung mereka. Dewan yang berhawa dingin juga pastinya memberikan keselesaan di saat cuaca panas melanda negara.
Kemudahan lain seperti surau, ruangan VIP, tandas dan parkir juga tak usah dirisaukan. Kerana di sini terdapat kemudahan yang disebutkan itu. Pastinya jika anda hadir ke sini, ianya bakal memudahkan segala urusan anda. Tak payah serabut kepala untuk memikirkan majlis anda itu nanti.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hanana Group bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah.
Pingback: Lugar De La Boda, Dewan Perkahwinan Ala Taman di Puchong - AMIRNAWAWI