September 16, 2024
Hal-hal Semasa

Hantar Barang Lebih Pantas Dengan Lalamove

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Lalamove, iaitu perkhidmatan penghantaran barang yang cepat dan pantas di Lembah Klang.

Semua sedia maklum, zaman sekarang ni semua nak cepat sahaja. Kalau boleh order terus sampai. Jadi dengan mengambil inisiatif tersebut, kini anda boleh menggunakan Lalamove sebagai perkhidmatan penghantaran barangan anda. Sebab apa, kini anda boleh mendapatkan barangan anda dalam hanya 45 minit!.

 

Dengan adanya Lalamove ini, ia akan membantu rakyat Malaysia, terutama golongan usahawan, dengan menyediakan kecekapan yang mereka perlukan di era perhubungan yang pantas dan meluas ini. Tambahan pula, permintaan untuk khidmat penghantaran barangan belian juga kian berkembang seiring dengan pertumbuhan sector e-dagang ( e-commerce ). Mereka berhasrat untuk mentransformasikan landskap sector logistik tempatan dengan melancarkan apikasi penghantaran Lalamove yang bersifat intuitif.

Dengan adanya Lalamove, penghantaran barang belian kini diukur berdasarkan minit, bukan lagi hari. Kepantasan ini dibolehkan oleh pemadanan pemandu-pemandu dengan para pengguna menerusi aplikasi Lalamove dalam tempoh beberapa saat sahaja. Penghantaran jarak dekat boleh dipenuhi dalam tempoh satu jam dan membolehkan pengguna Lalamove untuk mengembangkan perniagaan dengan pesat tanpa dibebani masalah logistik mahupun kos operasi yang tinggi.

Setelah menamatkan proses pengujian selama sebulan di bandaraya Kuala Lumpur, Lalamove telah mencapai keputusan yang memberangsangkan. Perkhidmatan ini berjaya merekodkan tempoh penghantaran kurang 36 minit untuk jarak sehingga 5km, manakala bagi jarak sehingga 10km pula Lalamove merekodkan tempoh purata 50 minit sahaja.

Setakat hari ini, secara purata, mereka menyempurnakan sekitar 300 penghantaran setiap hari. Kini, Lalamove menyokong operasi lebih 200 PKS dengan rangkaian lebih 1,800 pemandu berdaftar. Lalamove menyediakan sistem yang mana para pelanggan boleh mengetahui kedudukan para penghantar barang mereka melalui kedudukan GPS. Ini lebih praktikal dan memudahkan mereka.

Penghantar Lalamove yang mesra..

Selain itu juga, para pelanggan boleh juga memberikan maklumbalas ataupun rate penghantar barang tersebut supaya penghantar boleh meningkatkan servis mereka dan sentiasa mencapai standard yang tinggi dalam servis mereka. Jikalau ada penghantar yang kurang memuaskan, penghantar tersebut akan diban daripada Lalamove. Ini demi menjamin tahap tertinggi dalam servis mereka.

Caj perkhidmatan Lalamove bermula dari RM5 untuk penghantaran segera. Setiap penghantaran dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran dan bukan berdasarkan berat pakej. Sistem pengiraan ini mengurangkan kos overhead dan boleh membantu para peniaga menjimatkan lebih 70% dari segi kos penghantaran dan operasi di samping memberikan lebih kawalan dari segi keperluan penghantaran harian mereka.

Cukup murah sebenarnya bagi saya. Memang cukup untuk praktikal dan memudahkan apatah lagi kepada pihak pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), yang menjalankan perniagaan dalam talian. Saya turut menggunakan servis ini untuk hantar barang. Bila pelanggan gembira, saya juga gembira.

Nak lagi gembira? Nah saya kongsikan kod promosi untuk anda,

Promo Code: GOODNEWS
Discount: RM 8 
Valid until: 31st August 2018

App Download: https://lalamove.app.link/Dbk7wyDu8K

Muat turun pada pautan di atas untuk mula menggunakan Lalamove

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *