Resepi Pes Tomyam Buatan Sendiri
Asslamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sjeahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua resepi pes tomyam buatan sendiri.
Semua sedia maklum, ramai orang Malaysia yang suka makan tomyam. Walaupun ianya adalah masakan yang berasal dari negara Siam. Namun tak ramai yang tahu cara untuk membuat tomyam daripada scratch ataupun daripada awal. Kita hanya tahu beli pes yang dah siap lepas itu tambah air dan lauk sahaja.
Namun tahukah anda yang pes tersebut boleh sahaja anda sediakan sendiri daripada awal?
Cara dan penyediaannya pun mudah sahaja. Kali ini saya ingin kongsikan dengan ada resepi yang saya ambil dan olah daripada kawan saya yang gemar untuk memasak.
Bahan-bahan
- Bawang besar
- Bawang putih
- Udang kering / Belacan
- Tomato
- Serai
- Lengkuas
- Cili Kering
- Asam jawa
- Asam Limau/Lemon
- Daun limau purut
Cara Penyediaan
- Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering/belacan, tomato, serai, lengkuas, dan cili kering.
- Tuangkan ke dalam kuali sehingga air kering, masukkan minyak dan tumis sampai pecah minyak,
- Masukkan asam jawa, perahan limau@lemon, daun limau purut, dan katok serai sebatang.
- Seterusnya, masukkan gula melaka (gula biasa pun boleh) dan garam. Tumis sampai pekat dan warna bertukar keperangan.
- Setelah pekat, tutup api dan sejukkan dan masuk ke dalam peti sejuk. Pastikan anda menggunakan sudu yang bersih ketika mengambil pes ini untuk mengelakkan ianya berkulat.
Tips tambahan, untuk yang sukakan pedas, boleh tambah cili padi dalam kisaran tadi.
Ini cara pembuatan pes sahaja ya. Pembuatan tomyam yang biasa anda makan tu lain pula. Yang itu anda boleh rujuk entri lain pula.
Terima kasih.
Selamat menjamu selera!