January 18, 2025
Travel

Tempat Menarik di Batam Untuk Dikunjungi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi. Bertemu lagi kita untuk kesekian kalinya. Semoga anda semua sihat dan ceria-ceria selalu di samping keluarga tercinta. Baiklah, dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan ada semua, tempat- tempat menarik di Batam untuk anda kunjungi.

Jika sebelum ini saya telah kongsikan dengan ada semua mengenai cara-cara untuk ke Batam dan juga majlis Punggowo, kali ini saya ignin kongsikan tempat menarik yang patut anda kunjungi apabila berkunjung ke Batam ini. Ini adalah tempat yang popular dan juga hanya terkenal dalam kalangan warga tempatan. Jadi kita sebagai pelancong, mestilah ingin berkunjung ke tempat sebegini daripada tempat yang overated kan?

Bergambar di Paya Bakau yang Cantik

Siapa sangka di kawasan paya bakau juga terdapat dekorasi cantik yang pastinya menaikkan semangat dan menggembirakan kaki-kaki gambar yang suka bergambar. Mana tidaknya di AVJ Mangrove dan juga Kampung Terih terdapat kawasan paya bakau yang dihias rapi dengan pelbagai dekorasi untuk anda bergambar.

Saya juga tidak terkecuali. Lihat sahaja tempat ini, sudah terbayang difikiran saya bagaimana gaya untuk diambil bergambar. Memang banyak aksi yang dapat dilakukan di sini kerana pelbagai kawasan (spot) menarik yang boleh kita singgahi.

Di Kampung Terih ini tidak kurang hebatnya. Kawasan kampung pesisir pantai dihias rapi dengan pelbagai tarikan. Di khabarkan juga Kg Terih ini dahulunya telah dijajah oleh pihak Jepun dan dijadikan kawasan simpanan senjata oleh tentera tersebut. Namun kini hanya tinggal sejarah dan ianya telah dibangunkan sebagai salah sebuah tempat yang menarik untuk pelancong. Jom selfie!

Di AVJ Mangrove juga tidak kurang hebatnya. AVJ bermaksud Anugrah Ventura Jaya. Tiket masuk ke sini juga hanya 10,000 rupiah atapun lebih kurang RM2.80 untuk seorang sahaja. Banyak spot menarik juga di sini seperti di Kampung Terih tadi. Wah! boleh juga bergambar hingga ke tengah laut.

Rumah Melayu Limas Potong, Budaya Melayu Terjaga Rapi

Jika anda ingin melihat nuansa Melayu yang masih ada di Batam bolehlah berkunjung ke Rumah Melayu Limas Potong ini. Senibina rumah ini seperti rumah Melayu tradisional yang lainnya. Seperti kita sedia maklum, terdapat beberapa bahagian dalam rumah kayu tradisi Melayu ini.

Di sini anda dapat memasuki rumah ini dan melihat bahagian yang terdapat di sini. Selain merasai sendiri bagaimana rasanya berada dalam rumah tradisional Melayu ini. Rumah Melayu Limas Potong ini terdapat lima bahagian utama iaitu ruang tamu (teras), ruang depan, tengah, belakang (biasanya dijadikan tempat tidur) dan dapur.

Di bahagian depan sekali korang boleh bergambar dan adanya gambar/potret sejarah berkenaan rumah Limas Potong, ruang tengah pula dipamerkan adat perkahwinan orang Melayu, manakala bahagian belakang pula terdapat tempat tidur berkelambu yang disambungkan hingga ke ruang dapur.

Pada bahagian dapur dan beranda cukup mengingatkan saya dengan dapur rumah arwah moyang saya yang terdahulu. Begitulah cara orang Melayu terdahulu dalam membina rumah mereka. Setiap bahagian mempunyai fungsi yang tersendiri.

Buat anda yang ingin ke Rumah Melayu Limas Potong ni bolehlah berbuat demikian di Kampung Melayu, RT 01 RW 08, Kel.Batu Besar, Nongsa. Sungguh mengamit memori!

Jambatan Barelang, Penghubung Antara Kepulauan di Batam

Jika anda berkunjung ke Batam, tidak sah sekiranya anda tidak melihat sendiri jambatan ikonik di sini. Terdapat 6 jambatan yang menghubungkan pulau-pulau di Batam ini. Jambatan Barelang iaitu singkatan dari BAtam, REmpang dan gaLANG adalah nama jambatan yang menghubungkan pulau-pulau iaitu Pulau Batam, Pulang Rempang dan Pulau Galang.

Jambatan ini adalah cetusan idea daripada Presiden Indonesia yang terdahulu iaitu BJ Habibie. Dengan adanya jambatan ini, dapatlah warga Pulau Batam, Pulang Rempang dan Pulau Galang berhubung antara satu pulau ke pulau yang lain dengan mudah.

Jambatan Barelang ini terdiri dari enam buah iaitu:
  1. Jambatan Tengku Fisabilillah (Jambatan I) (Jambatan terbesar)
  2. Jambatan Nara Singa (Jambatan II)
  3. Jambatan Raja Ali Haji (Jambatan III)
  4. Jambatan Sultan Zainal Abidin (Jambatan IV)
  5. Jambatan Tuanku Tambusai (Jambatan V)
  6. Jambatan Raja Kecik (Jambatan VI)
Belajar Sejarah di Muzium Vietnam

Kenapa Vietnam di Indonesia? untuk makluman semua, pada zaman dahulu telah berlakunya perang saudara di antara Vietnam utara dan selatan. Perang ini telah menyebabkan pelarian Vietnam di selatan lari dari tempat mereka dan mencari tempat untuk berlindung.

Dengan lambakan pelarian ini disekitar kepulauan Indonesia, pemimpin Indonesia pada masa itu telah memutuskan untuk membina kawasan penempatan bagi pelarian ini dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Jadi setelah dibuat penilaian, Pulau Galang telah dipilih kerana pada waktu itu tiada penghubung antara pulau ini dengan kawasan lain. Jadi di sini agak isolated dan terasing.

Kawasan ini dipilih kerana ianya berasa cukup strategik antara Singapura, Malaysia dan Indonesia. Jika disebut tempat pelarian, pastinya kita terfikir akan ketidak selesaan mereka tinggal. Namun anda silap, kerana di sini disediakan pelbagai kemudahan untuk mereka. Boleh dikatakan semua lengkap. Daripada sekolah, hospital, tempat ibadat dan banyak lagi kemudahan yang lain.

Kad pengenalan bagi penghuni

Apa yang menariknya, di sini disediakan juga tempat mereka belajar sebagai persediaan mereka untuk dihantar ke negara-negara lain. Sebelum mereka dihantar, mereka dipersiapkan dengan ilmu-ilmu yang sepatutnya. Setelah perang saudara di Vietnam tamat, para pelarian ini dihantar pulang ke negara asal mereka.

Kem ini juga dikhabarkan antara kem pelarian yang terbaik di Asia buat masa tersebut. Setelah apa yang saya lihat, memang layak kem ini dinobatkan sebagai yang terbaik. Kini, setelah semuanya kembali, tempat ini dijadikan Muzium Vietnam supaya kita lebih mengingati sejarah lampau tersebut.

Bergembira di Sea Forest Adventure

Sea Forest Adventure ini adalah kawasan beriadah di pesisiran pantai. Ianya terletak di Nuvasa Bay , Nongsa dan ianya merupakan kawasan beriadah yang terbaharu dan terbesar di Batam, Indonesia. Jarak Batam Center ke sini hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja.

Kawasan yang diselenggara baik ini mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung. Ada aktiviti air dan aktiviti darat yang lainya seperti paintball. Tempat yang bersih serta kemudahan yang mencukupi pastinya menjadikan tempat ini pilihan yang terbaik buat anda yang gemarkan aktiviti air sambil beriadah bersama keluarga.

Pasir yang memutih dan pantai yang jernih menjadikan tempat ini antara tarikan yang patut anda lawati jika berkunjung ke Batam ini. Tiada bayaran masuk dikenakan namun anda dikenakan bayaran sekiranya ingin bermain permainan yang disediakan di sini.

Itu sahaja dahulu tempat menarik yang saya ingin kongsdikan dengan anda semua buat masa ini. Mungkin selepas ini saya akan kongsikan tempat lain pula untuk jadi rujukan kepada anda semua.

Salam sayang dari saya dan jangan lupa berkunjung ke Batam, hanya 2 jam sahaja perjalanan dari Malaysia!

Jom ke Batam!

Foto indah kredit kepada Mawardi Yunus dan Projek Travel

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *