February 7, 2025
Lain-Lain

Ke Batam Indonesia Menggunakan Feri

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua cara untuk ke Batam Indonesia menggunakan feri.

Semua sedia maklum bahawasanya Batam di Kepulauan Riau ini begitu dekat dengan negara kita. Mana tidaknya, nenek moyang kita dahulu pun dari ras yang sama seperti di Batam ini. Jadi keakraban dan kesamaan ini pastinya dapat anda bayangkan betapa dekatnya lokasi kita ini antara satu sama lain.

Batam, Singapura dan Johor

Jadi buat anda yang inginkan kelainan dan dan bertemu mata dengan ‘saudara’ dari negara yang lain bolehlah berkunjung ke Batam ini.

Jike ke luar negara, mesti kita bayangkan penerbangan menggunakan jalur udara adalah pilihan terbaik. Almaklumlah negara kita dikelilingi oleh laut yang membataskan perjalanan darat. Namun tahukah anda yang anda boleh ke Batam hanya dengan menggunakan feri?

Ya feri sahaja! Saya juga pertama kali berkunjung ke negara Indonesia dengan menggunakan feri. Rupanya terdapat akses lain selain daripada menaiki pesawat.

Untuk anda yang ingin ke Batam bolehlah berbuat demikian dengan menggunakan perkhidmatan feri dari Terminal Feri Setulang Laut. Di sini anda dapat memilih 2 destinasi di Batam iaitu Batam Centre dan Harbourbay.

Untuk ke Terminal Feri Setulang Laut ini, anda boleh mengambil bas dari mana-mana destinasi anda dan turun ke Stesen Larkin Sentral. Dari Larkin Sentral anda boleh mengambil perkhidmatan teksi ataupun Grab ke sini.

Perjalanan dari Larkin Sentral ke sini hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit. Saya cadangkan agar anda mengambil bas tengah malam jikalau anda dari Kuala Lumpur. Ini kerana anda akan sampai dalam pukul 5 pagi ke sini. Bolehlah sembahyang Subuh di surau yang berdekatan dengan Terminal Feri Setulang Laut ini.

Kaunter feri ini dibuka seawal jam 6.30 pagi. Jadi bersiap sedialah anda dengan wang dan juga PASPORT. Ya pasport juga diperlukan semasa pembelian tiket. Harga bagi tiket ke Batam adalah sebanyak RM89.00 untuk seorang dewasa. Jadi sediakan duit secukupnya. Tak perlu beratur semua, hanya wakil sahaja beratur pun boleh. Tapi pastikan pasport diberikan bersama. Feri terawal ke Pulau Batam adalah pada pukul 7.15 pagi.

Berikut adalah jadual feri Setulang Laut ke Batam (Batam Centre)

Sesudah pembelian tiket, pastikan anda bergegas ke pemeriksaan Imigresen kerana anda perlu melalui pemeriksaan di sini. Pastikan tiada senarai hitam keluar negara ya. Setelah itu anda boleh melalui pemeriksaan kastam dan seterusnya ke feri.

Sebelum memasukki feri, tiket anda akan diperiksa dan diambil oleh pihak pengusaha feri. Sila beritahu mereka jika anda inginkan semula tiket tersebut untuk urusan claim atau sebagainya. Di dalam feri ini tempat duduk adalah secara bebas. Jadi pilih sendiri tempat duduk yang anda inginkan.

Pemandangan dari dalam feri. Matahari menyising dari ufuk timur.

Setelah 2 jam melalui perairan Malaysia dan Singapura, akhirnya kita sampai ke Batam!

Setelah 2 jam di dalam feri, semua gembira setelah sampai ke Batam..

Selamat tiba ke Batam!

Urusan saya ke Batam ini sempena Festival Paguyuban Among Wargo Jowo (Punggowo) yang akan saya kongsikan di entri yang seterusnya.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Ke Batam Indonesia Menggunakan Feri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *