Galeeveurs – Inkubator Ekosistem Bersepadu F&B Pertama Di Malaysia
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai inkubator ekosistem bersepadu F&B pertama di Malaysia dari Galeeveurs.
Kumpulan Galeeveurs telah mengumumkan kumpulan mereka sebagai inkubator ekosistem bersepadu F&B pertama di Malaysia yang menawarkan servis khusus bagi industri makanan dan minuman di Malaysia dan mengekalkan warisan makanan tempatan bagi generasi-generasi akan datang.
“Sebagai generasi keempat pemilik salah satu jenama warisan, saya percaya makanan tempatan Malaysia mempunyai cara unik dalam menyatukan orang ramai, mengembalikan memori sewaktu kecil serta mempunyai potensi yang amat baik untuk diperkenalkan di peringkat global. Maka, ia merupakan perkara yang amat menyedihkan jika ia tiada lagi untuk dinikmati orang ramai”- Dato’ Henry Lee, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Galeevenurs
Dengan jenama F & B yang telah terkenal di Malaysia seperti Kim Lian Kee, Ten Years dan Sunny Cha di bawah kumpulan mereka, Galeeveurs terdiri daripada ahli yang terdiri daripada pelbagai kepakaran. Antaranya adalah enam (6) servis yang merangkumi strategi penjenamaan dan pemasaran, servis pengurusan, kilang produksi sentral, pendidikan mengenai makanan dan minuman, perkembangan IT serta bantuan kewangan.
Jadi, ini dapat membantu para peniaga untuk memastikan sesuatu perniagaan makanan dan minuman yang bernaung di bawah kumpulan mereka akan dapat diteruskan di masa akan datang.
“Terdapat permintaan berterusan bagi makanan tempatan, terutamanya bagi yang popular. Walaubagaimanapun, kami lihat terdapat masalah bagi peniaga tempatan untuk meneruskan bisnes mereka kerana ketiadaan pengganti bagi meneruskan bisnes” – En Victor Bong, Penolong Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Galeeveurs
Berdasarkan perancangan mereka pada masa depan, para jenama yang berada dalam jagaan mereka berusaha untuk memuwjudkan hub inkubator yang tidak hanya mempunyai sistem inkubator, namun sejajar dengan halatuju Galeeveurs itu sendiri. Syarikat ini juga menjemput dan mempelawa F&B startup dan pemilik bisnes untuk turut sama bernaung bawah platform yang mereka perkenalkan ini.
Hab ini juga akan menyediakan co-working space yang merangkumi dapur, kemudahan bar, showcase, dan juga majlis pelancaran, dan juga tempat bagi mereka mengadakan wokshop.
Pada majlis terrsebut juga, pihak Galeeveurs mengumumkan kerjasama dengan pelbagai pihak antaranya Golden Pencil, Marks Food Solution, Andamiro, Big Hub Education dan Culturology yang akan memainkan peranan penting dalam membina, menyokong dan mengekalkan ekosistem inkubator. Dengan adanya perkongsian ini, Galeeveurs berharap dapat memperkuatkan dan dapat menarik lebih banyak jenama makanan dan minuman untuk menyertai mereka.
Jadi bagi mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai hab inkubator dan servis yang ditawarkan boleh menghubungi pihak Galeeveurs di joinus@galeeveurs.com