Resepi Air Asam Perut Lembu Kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua resepi air asam perut lembu versi Kelantan.

Resepi ini sebenarnya cukup ringkas dan senang. Bagi orang Kelantan, air asam perut lembu ni memang sedap tak terkata. Saya sendiri peminat masakan ini.

Air asam perut yang telah siap. Alahai sedapnya

Cukup mudah sahaja sebenarnya. Dengan beberapa bahan pun dah boleh siap. Bahan boleh dikatakan memang dah ada di dapur orang Melayu. Yang penting penting ianya sedap dan menyelerakan.

Ada yang kata ini adalah hidangan eksotik kerana bagi sesetengah tempat di Malaysia ini, mereka tidak makan perut lembu. Wah! Rugilah kalau macam tu. Sedap kot.

Perut lembu yang telah dibersihkan

Baiklah jom kita kihat bahan-bahan yang diperlukan.

1. Perut lembu

2. Asam gelugur (asam keping)

3. Limau nipis (cuka)

4. Garam

5. Penambah perisa

6. Cili padi

7. Bawang besar

Cara-cara

1. Pertama sekali, bersihkan perut lembu tersebut dengan bersih. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan masukkan asam gelugur 2 keping.

Bersihkan perut sebersihnya.

2. Setelah perut tadi empuk, potong kecil kecil supaya senang untuk dikunyah. Masukkan ke dalam bekas bersama air rebusan tadi.

3. Masukkan garam dan sedikit perasa (ajinomoto atau cukup rasa). Kacau sekata dan tambah potongan bawang besar yang dihiris nipis.

4. Perah asam limau ke dalam bekas. Untuk semangkuk kecil, dalam 5 biji limau diperlukan. Tips untuk yang kekurangan limau, anda juga boleh gunakan cuka makan.

5. Tambahkan cili padi padi mengikut tahap kepedasan yang anda inginkan. Bagi saya lagi pedas lagi sedap.

Siap untuk dihidangkan! Wah nampak sungguh menyelerakan. Cara buat pun mudah sahaja. Jadi lepas ini kalau ada perut lembu tu boleh la buat menu ini ya. Tak ada la perut tersebut terbuang begitu sahaja.

Kalau tak makan juga, kasi sahaja perut tersebut kepada saya. Hehe

Selamat menjamu selera semua.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge