Masih Belum Fasih Baca Quran? Hubungi Saja BeanaHomeQuran
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai BeanaHomeQuran.
Sama serba moden ini, terdapat pelbagai dugaan untuk kita belajar mendekatkan diri kepada Allah. Dari segi kesibukkan dunia lah, kesibukkan mencari rezekilah, lalai dengan hiburanlah dan pelbagai lagi godaan yang lain.
Bayangkanlah kita yang tua ini masih merangkak membaca quran. Nak belajar sekarang rasa malu yang amat. Malu dengan masyarakat sekeliling tu satu hal, malu dengan diri sendiri pun ya juga. Tapi malu yang paling besar adalah kepada Allah Azzawajalla. Mana tidaknya, sudah berapa tahun Allah kurniakan kita kesihatan dan nikmat Islam ini namun nak baca quran pun masih merangkak rangkak.

Sebenarnya tak perlu malu pun kalau kita masih belum fasih membaca quran. Tiada istilah terlambat dalam Islam. Selagi punya kesempatan, selagi itulah kita punya peluang utuk belajar sedikit sebanyak tentang al-Quran ini.
Sekarang banyak sahaja servis yang menawarkan pengajaran al-Quran secara bersemuka tanpa melibatkan kelompok yang besar. Jika pemfokusan yang lebih diberikan, tak mustahil untuk kita mahir membaca quran dengan cepat dan lancar.
Teringat lagi saya akan kisah diri sendiri. Dahulunya jika mengaji, saya akan ke rumah Pak Imam di kampung saya. Biasanya waktu petang. Mak saya akan menyuruh saya ke sana dengan sendirinya. Alih-alih, bukan kerumah imam yang saya sampai, tetapi ke sungai, padang bola yang saya terjahi.
Tapi banyak juga saya hadiri sesi membaca al-Quran ini. Bukan hanya membaca, sebenarnya saya menghafal al-Quran. Sebabnya? Sebabnya apa yang saya baca depan Pak Imam tersebut adalah apa yang saya hafal. Bukan saya reti baca pun. Huruf-huruf hijaiyah pun saya tak kenal .
Membawa la saya dengan pekara tersebut sampai ke sekolah menengah. Masuk pula sekolah berasrama penuh. Nak ponteng kelas al-quran seperti dulu memang tidak boleh. Sampai ke sini, satu fasa lagi dalam diri saya di mana saya kena membaca al-quran ‘face to face’ dengan Ustaz saya. Ahhh, ini adalah satu fasa di mana saya menyedari yang saya tidak kenal pun huruf jawi!

Apa yang saya lakukan adalah, saya berusaha mengenal huruf tersebut, satu demi satu dan siap tampal lagi huruf tersebut di dinding asrama. Bayangkan kawan saya semuanya sudah fasih membaca al-Quran namun saya masih terkial-kial. Ustaz saya berpesan, tak apa lambat asalkan ada keinginan untuk belajar dan terus belajar.

Usaha kita belajar untuk membaca al-Quran itu pun juga dikira sebagai pahala ibadah untuk kita. Kita semua sedia maklum, bahawasanya pahala kita dikira bukan berdasarkan ayat quran yang kita baca, namun berdasarkan huruf yang kita baca. Betapa besarnya pahala kita jika membaca al-Quran ini.
Setelah beberapa lama berguru dengan ustaz tersebut, akhirnya saya berjaya membaca al-Quran dengan lancar. Huruf jawi kini bukan lagi halangan saya. Setiap hari saya praktis untuk menulis jawi bahkan segala perkataan yang saya jumpa pun saya jumpa menulis dalam jawi. Syukur!

(Saya hanya tahu mengeja nama saya sendiri setelah berada di Tingkatan 1)
Begitulah kita dalam hidup ini, tiada yang mustahil kalau kita nak belajar. Tiada istilah terlambat, yang penting kita nak belajar dan menambah ilmu.

Jadi, buat anda yang ingin belajar membaca al-Quran, bolehlah menghubungi pihak BeanaHomeQuran untuk mendapatkan sesi pembelajaran. Kenapa saya syorkan anda untuk menggunakan khidmat dari BeanaHomeQuran?
- Sesi pembelajaran yang fleksibel, kondusif dan menyeronokkan.
- Pengajaran dijalankan di kediaman pelajar
- Guru yang berpengalaman
- Yuran yang berpatutan
BeanaHomeQuran menawarkan perkhidmatan kelas mengaji Al-Quran untuk orang dewasa dan remaja. Terdapat dua pakej yang ditawarkan untuk kelas mengaji orang dewasa iaitu pakej 1 ke 2 orang dan juga pakej 3 ke 4 orang pelajar.
Kedua-dua pakej di atas merangkumi pembelajaran asas Al-Quran, makhraj huruf, tajwid, fardhu.
Pakej ini hanya RM 65 sejam setiap seorang untuk pakej 1 ke 2 orang. Manakala untuk pakej 3 ke 4 orang, ianya hanya RM 75 sejam setiap orang
BeanaHomeQuran juga turut menawarkan pakej pembelajaran secara berkumpulan iaitu termasuk dewasa, remaja dan juga kanak-kanak. Pembelajaraan berkumpulan ini akan dilakukan secara serentak di dalam kumpulan. Pakej berkumpulan ini adalah untuk 5 ke 10 orang. Ianya hanya RM 125 ke RM 250 untuk 2 jam sahaja.
Jadi buat anda yang teringin untuk mendapatkan khidmat daripada pihak BeanaHomeQuran ini bolehlah untuk menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:
BEANA HOME QURAN SDN BHD
SSM : 1255257-H
NO 7-2, JALAN SEPAH PUTERI 5/1B,
SERI UTAMA BUSINESS CENTRE KOTA DAMANSARA,
47810, PETALING JAYA, SELANGOR.
Email: beanahomequran@gmail.com
Contact number : Nadhirah 011-5223 411(Bahagian Klien)
Sofea 011-3739 19050 (Bahagian Tutor)
Wowwww awak!nice write-up!!! Baguskan servis yang BeanaHomeQuran ni sediakan. Memudahkan urusan dorang dan tak perlu nak keluar ke tempat pengajian serta boleh face to face kan ❤️
Bagus juga ada servis macam ni. Nak belajar bukan masa kecik je. Dah dewasa pun masih boleh belajar. Boleh la belajar dengan selesa kat rumah ajer kan?. Masih tak terlambat nak belajar mengaji ni.
Bagus service yang ditawarkan oleh BeanaHomeQuran ni, belajar banyak benda tentang agama, boleh belajar membaca alQuran walaupun kita dah dewasa kan…belajar secara face to face dan perseorangan macam ni memang bagus dan tak segan- segan nak bertanya kalau ada kemusykilan…
Bagusnya team BeanaHomeQuran ni buat inisiatif macam ni. Tak semestinya dah tua2 perlu segan nak belajar kan. It’s never too late. Good job Beana!
Good to have such programme especially some children unable to pick it up. Will recommend to my Muslim friends.
I would concentrate on understanding the content rather than just baca tanpa faham. Whoa! bagus sekarang tak boleh bagi alasan tak tau nak belajar kat mana kan? Bagus sangat la ada kelas camni.
Sis pun teringin belajar mengaji dengan betul, memang teringin nak belajar secara one to one, tapi kat area pj ni susah nak cari. Kalau dapat dan harga berpatutan memang nak suh datang rumah ajar sis dan anak sis…Allahu, kalau dapat bestnya
Ya Allah rasa menusuk dalam kalbu kita awak bila tengok orang ramai budak-budak pandai baca Al Quran kita ni dah tua masih tak tahu lagi walaupun nak mengenali huruf dalam tu … Rasa nak belajar lah awak kita belajar sama-sama ok..
Syira pun teringin nak polish balik. Tapi susah nak cari area Kedah. Alhamdulillah dengan ada servis macam ni, dapat bantu golongan yang kurang fasih lagi.
Bagusnya ada servis mcm ni. At least tak malu sangat kan. Kalau ramai2 maybe malu kan. Yalah tajwid kadang2 tunggang langgang. Malu kat anak2 takut anak2 nanti lagi terer dari mak ayah. Harap2 diperluaskan lagi di seluruh negara
teringat dulu belajar ngaji dengan ayah, kena marah je..hehee..bgusla, lama tak belajr ngaji dengan orang ni..kita pun takpasti sebutan kita betul ke tak kan..bagus ada tempat macam ni..sennag ornag nak beljr mengaji
Bagus dah ada platform mcm ni. Akak selalu hired student tahfiz or UIA untuk mengajar mengaji ni. Mereka cari duit extra masa cuti Sem begitulah. Tambahan akak nak face to face. Kalau kat surau atau masjid ramai sangat. Segan kita. Hehehe
Terima kasih Amir sebab berkongsi perkhidmatan ini. Rawlins memang sangat memerlukan bimbingan sebegini. Syukur terbaca entry Amir ni.
Bagus sangat beana quran ini. Semoga segalanya dipermudahkan dan midah juga urusan mereka yang nak mengaji alquran. Tak kira dah khatam atau tidak, quran memang tak pernah habis dalam hidup ntk kita belajar. Kalam Allah yang paling banyak membongkar rahsia dunia dan akhirat. InsShaaAllah amin
good that now they got such a school teaching the Quran. same like any religion, it’s important to get the right guidance so that they dont end up misunderstanding and becoming those extreme.
Baguslah servis camni.. Leh la AM hantar anak2 AM utk mengaji n me dalami Al Quran.. AM suka dgr bait2 indah ayat suci dialunkan.. Boss kat office pun pepagi lagi dah pasang ayat suci Al Quran.. Rasa sejuk n tenang tambah bersemangat nak buat kerja..
i kalau huruf dan penyebutan so far nak kena improve especially bahagian tajwid tu.. tunggang langgang, i rasa macam nak back to zaman muda time tu la rajin membaca al quran time tengah tak banyak komitmen.. tapi masa kecil bagus terapkan al quran dalam jiwa anak anak sebab bila besar dah automatic hafal surah elok lah buat zikir harian
Wah bagusnyaa.. suka ada usaha macam ni untuk sebarkan ilmu untuk akhirat.. teringat kata seseorang, nak belajar membaca alquran ni bukan main baca je.. kena tahu hukum tajwid dan cara bacaan juga.. kalau paham maksudnya memang sangat-sangat bagus.. TB pun masih jauh ketinggalan bab ni.. moga diberi keluangan masa untuk perbaiki kekurangan dalam bacaan alquran ni..