November 10, 2024
Hal-hal Semasa

Pertama Kali Ke Volunteer Appreciation Awards 2018 Muslim Volunteer Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Muslim Volunteer Malaysia (MVM).

Untuk makluman semua, pada penghujung tahun lepas, saya telah menghadiri satu majlis iaitu Volunteer Appreciation Awards 2018 (VAA2018). Ianya merupakan anjuran pihak Pertubuhan Sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia. Majlis yang cukup gilang gemilang ini telah berlangsung di Dewan Royal Ballroom Bizmilla Wedding Centre di One City Subang.

Sebelum ini saya tidaklah mengenali lebih dalam mengenai Muslim Volunteer Malaysia ini. Sekadar baca sepintas lalu di ruangan media sosial dan juga di kaca televisyen.

Namun setelah menghadiri majlis ini barulah saya tahu akan kewujudan mereka ini. Muslim Volunteer Malaysia merupakan antara pertubuhan sukarelawan terbaik yang telah bertapak di Malaysia sejak 2014 lagi.

Kek sempena ulangtahun penubuhan MVM yang ke-4

Lagi mengenai Muslim Volunteer Malaysia adalah, ianya telah diasaskan oleh seorang anak muda yang cekal iaitu Tuan Muhammad bin Jantan. Melalui pertubuhan ini, ahli ahli Muslim Volunteer Malaysia telah banyak melakukan aktiviti kesukarelawan di dalam dan juga di luar negara. Mereka juga pernah ke Palestin dan juga Syria.

Tuan Muhammad bin Jantan

Apa yang paling utama, mereka membawakan sumbangan anda untuk diberikan kepada saudara kita yang memerlukan di sana. Jadi buat anda yang teringin untuk turut sama menyumbang kepada mereka, berikut cara menyumbang di Muslim Volunteer Malaysia.

Akaun Sumbangan:
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)

Anda juga boleh membuat sumbangan melalui dalam talian iaitu di www.donation.mvm.org.my.

Banyak kepentingan menyertai pertubuhan sukarela ini, antaranya adalah dapat membantu mereka yang memerlukan dari dalam dan juga luar negara. Tidak hanya dengan bantuan wang ringgit, anda juga dapat membantu dari segi kudrat, tenaga dan buah fikiran anda juga. Semoga ianya dapat menjadi sedekah jariah anda di akhirat kelak.

Baiklah, berbalik kepada VAA2018 pula, pada malam tersebut, telah diadakan penyampaian anugerah-anugerah kepada para sukarelawan ini. Banyak kategori yang dipertandingkan dan apa yang penting, semua peserta adalah juara di antara juara yang ada. Antara anugerah yang diberikan adalah anugerah Jasa Bakti, Inspirasi, Sukarelawan Harapan, Institusi Harapan, Sukarelawan Siswa dan Di Sebalik Tabir.

Antara pemenang anugerah yang dipertandingkan
Antara pemenang anugerah yang dipertandingkan

Manakala 5 anugerah khas yang telah diberikan kepada sukarelawan MVM yang paling komited, keluarga asnaf MVM dan juga idola sukarelawan negara. Anugerah khas tersebut adalah anugerah Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah, anugerah Prof. Dr. Muhaya, anugerah Inspirasi Pure Heart, anugerah Inspirasi Keluarga Mithali, anugerah Top Seller Jualan Tiket VAA dan anugerah Tokoh Kemanusiaan.

Antara pemenang anugerah yang dipertandingkan

Selain itu juga, para tetamu disajikan dengan santapan enak yang disediakan oleh pihak Bizmilla. Cukup sedap saya rasa masakan yang mereka sajikan ini. Macam nak tambah lagi dan lagi. Dengan dekorasinya yang bertul-betul cantik dan susun atur dewan yang cukup selesa.

Para tetamu juga terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi universiti tempatan

Para tetamu yang hadir juga disajikan dengan persembahan istimewa yang dipersembahkan oleh Inteam dan juga Lah Ahmad. Dengan membawakan lagu-lagu ketuhanan menjadikan perjalanan majlis cukup terbuai dengan keasyikkan alunan suara mereka itu tadi.

Lah Ahmad menyanyikan lagu-lagu popular beliau
In Team juga turut serta menyanyikan lagu popular mereka iaitu Kasih Kekasih

Apapun, setelah menghadiri program pada malam tersebut, saya sedikit sebanyak telah mengetahui mengenai Muslim Volunteer Malaysia , program Volunteer Malaysia. Ianya merupakan salah sebuah contoh badan sukarelawan di Malaysia yang telah berjaya menyumbang sesuatu demi ummah.

Untuk anda yang ingin turut sama dalam pendaftaran sukarelawan ngo ini, bolehlah daftar volunteer Muslim Volunteer Malaysia ini.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai MVM ini, bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah ya.

Laman Rasmi: http://www.mvm.org.my
Laman Sumbangan: https://donation.mvm.org.my/
Facebook: https://www.facebook.com/MuslimVolunteerMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/muslimvolunteermalaysia
Twitter: https://twitter.com/volunteermvm
Emel: salam@mvm.org.my
Telefon: 603-8074 0434
Alamat: Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

20 thoughts on “Pertama Kali Ke Volunteer Appreciation Awards 2018 Muslim Volunteer Malaysia

  • Pernah dengar pasal MVM ni dekat facebook, time tu nampak yang MVM ni sedang berusaha untuk projek beg sekolah kalau tak silap . Sebuah pertubuhan yang sangat bagus, sentiasa membantu golongan yang memerlukan.

    Reply
  • such a great effort from dedicated people!

    Reply
  • UNTUNGLAH pertama kali, I pula tak pernah join lagi tapi kalau volunteer untuk majlis kahwin kahhwin tolong jadi pengapit penyambut tetamu okay je. hheeee gurau je… apa pun tahniah kerana telah menawarkan untuk melakukan sesuatu yang baik semoga dapat pahala dunia dan diakhirat !

    Reply
  • Bukan calang-calang orang yang sudi merelakan diri untuk menjadi sukarelawan ni.. kena hati yang tabah dan kuat untuk menjadi sukarelawan. Bagus la weh Pertubuhan Sukarelawan Muslim ni, banyak membantu orang yang memerlukan 😊

    Reply
  • Muslims volunteer Malaysia ni antara NGO yang aktif dan terbaik di Malaysia. Selalu follow updates dan aktiviti dorang di social media. Amazing dengan semangat anak muda dan sukarelawan yang tak pernah jemu buat kebajikan. Kudos to all of them

    Reply
  • Pernah baca ttg MVM. Salute pada mereka yg aktif dlm aktiviti MVM. Semoga semua usaha korg dirahmati dan diberkati olehNya

    Reply
  • First time dengar MVM ni, alhamdulillah bagus ada persatuan sukarelawan macam ni demi membantu mereka mereka yang memerlukan. Di harap ramai anak-anak muda join persatuan-persatuan macam ni

    Reply
  • Selalu tengok aktiviti kemanusiaan kat tv je melalui selebriti yang sertai. At least program ni buka minda ntk ena tahu. Sebab nak tahu sumber camne ramai yang involve. Semoga usaha mereka dipermudahkan. Tak semua orang dapat peluang begini.

    Reply
  • sebagai anak muda muslim kita memang peka dengan isu isu sosial di sekitar kita, dengan bergabung d i komunitas yang tepat

    Reply
  • Bagus aktiviti macam ni. Satu pendekatan yang baik dan bagus untuk semua pihak. Volunteer Muslim ni cx sangat respect tau! Bukan calangΒ² orang boleh sukarela buat semua benda ntk orang lain. Hanya yg berhati murni sahaja mampu. Tabik spring! Semoga Allah kurniakan Jannah terindah buat semua. Amin

    Reply
  • wow i didnt know got such a award. anyway as long as it is contribution back to the society with a good cause, then it is a good event regardless of the races.

    Reply
  • Nice effort to show appreciation to the volunteers. Sementara muda muda ni mmg bagus sgt libatkan diri dgn volunteer. Yg lelaki lps kahwin boleh gak nak join2, cuma perempuan mungkin rasa susah sikit sbb susah nak lepas anak-anak. Huhu. Good job!

    Reply
  • Baguslah ada organisasi seperti ini kerana ia memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan di luar sana. Semoga niat murni dan kesungguhan mereka utk membantu akan terus tersemat dalam diri mereka dan sekaligus menggalakkan lagi lebih ramai belia untuk turut membantu dan turut serta dalam aktiviti yang murni seperti ini. Tahniah buat para pemenang !

    Reply
  • Saya pertama kali tahu pasal MVM dari Facebook. Memang aktiviti sukarelawan diorang patut dipuji sebab memang aktif dan memberi signifikan pada yang dibantu. Teringin juga nak join aktiviti mereka tapi buat masa ni saya join aktiviti sukarelawan setempat saja dulu, hihi

    Reply
  • Pertubuhan Sukarelawan Muslim ini memang bagus kerana tampil ke hadapan untuk menghulurkan bantuan untuk mereka yang memerlukannya. πŸ™‚ Terbaik lar. Memang bukan senang kena jadi sukarelawan kan? Kena ada masa dan juga hati yang ikhlas. πŸ™‚

    Reply
  • oh this is a good one. bravo To all the volunteers hehe. it’s a night for them and I wish you all had a fun night there. Keep up the good work ok

    Reply
  • MVM ni bagus, banyak aktiviti yang diaorang jalankan..ada nad tengok dekat ig diaorang..terasa nak join juga sebb seronok dapat tolong orang kan..tahniah pada yang emnerima anugerah tu..

    Reply
  • First time dengar mengenai Muslims volunteer Malaysia ni mir. Tapi NGO ni memang cukup popular kan sebelum ni

    Reply
  • Good effort.. Harap2 volunteering program mcm ni diperluaskan di seluruh negara. Bukan apa… Saya pasti ramai yg berminat nak trut serta

    Reply
  • Pingback: MVM RELIEF - Misi Bantuan Ramadan : β€œSYRIA, KAMI DATANG 3.0” - AMIRNAWAWI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *