October 5, 2024
Lain-Lain

Caj Debit Advice Maybank Sebanyak RM8

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga and semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai caj Debit Advice Maybank yang dikenakan sebanyak RM8.

Mungkin semua tertanya-tanya apa itu caj Debit Advice yang dikenakan ini? Kenapa bila buka maklumat transaksi perbankan kita jelas tertulis potongan RM8 ini sedangkan kita tak tahu apa-apa.

Untuk makluman semua, potongan RM8 ini adalah untuk caj penggunaan pengeluaran wang di mesin ATM. Ianya caj secara tahunan. Oleh sebab itu anda dikenakan caj pada awal bulan Januari setiap tahun.

Boleh ke kita hentikan caj RM8 ini daripada dikenakan?

Boleh sahaja, Anda perlulah pergi ke mana-mana cawangan Maybank yang terdekat dengan membawa kad pengenalan yang asli dan juga kad ATM/Debit kad untuk pengesahan.

Namun dengan pembatalan caj RM8 ini, anda akan dikenakan RM0.50 untuk setiap pengeluaran kali ke-5 dan ke atas untuk setiap bulan.

Macamana tu? Contohnya begini, untuk anda yang buat pengeluaran sebanyak 4 kali di mesin ATM pada setiap bulan adalah percuma, namun jika anda buat pengeluaran untuk kali ke 5 pada bulan tersebut, RM0.50 akan kenakan untuk setiap transaksi.

Jika anda bukan yang jenis keluar duit setiap bulan, saya rasa elok sahaja anda batalkan sahaja servis ini. Saya juga tidak selalu keluarkan wang setiap bulan. Adalah dalam 2 3 kali sahaja. Itu pun sekali keluar banyak juga la amaunnya.

Jadi, anda sudah faham bukan apa yang berlaku? Walaupun RM8, ia tetap duit kita 🙂

Ianya sesuai untuk sesiapa yang banyak melakukan transaksi melalui mesin ATM setiap bulan lah. Bagi yang jarang-jarang macam saya ni memang tak perlulah semua itu.

Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari pautan ini. (Klik di sini)



amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

11 thoughts on “Caj Debit Advice Maybank Sebanyak RM8

  • Debit cas ni dia kenakan utk yg keluarkn duit pakai atm sj ka? Misal kata saya selalu byr online bankin. Jd cas utk itu ada ka d kena kan.

    Reply
    • Judin

      Mana ada, tu cas untuk keluar duit melalui atm sahaja… melalui transfer online xde kenakan cas

      Reply
  • tq, baru faham. Selama ni, tak kena. Agaknya sebab since 2020 byk buat transaction setiap bulan for online bisnes. tq, sharing ya.

    Reply
  • Judin

    Mana ada, tu cas untuk keluar duit melalui atm sahaja… melalui transfer online xde kenakan cas

    Reply
    • Jika saya batalkan debit advice ini, bolehkah saya dapat balik RM 8?

      Reply
  • sy guna akaun nie utk bayar kereta dan eon kredit saja..tak keluar duit kat mesin pun…sy tetap kena tolak rm8 juga..tak tau la kenapa..mgkin bank dah kureng duit kot

    Reply
  • selalu on9 shja sy buat tp kena potong rm8 jua…lps tu hibah paid pun sekli…mkin menjadi2 maybnk ni buat potongan..tgu ada masa shja urusan sy p bnk mo kasi terminate acc..k bai

    Reply
    • Thnk you for the info.mmg berguna sgt .pepagi tgok dlm akaun Kena tolak RM8.like you said,RM8 pun duit juga. Pasni Kena g bank Kasi setel …hmmm…bnyk pula tu..Kita guna bank dia kot..

      Reply
  • saya jarang kluarkan duit kt atm. jd nak ckp apa klau pegi bank?
    boleh tak kalau nak terminate bnda tu secara online instead?

    Reply
  • Aku xde keluarkn dari atm kau tolak kepala bana kau mat.scamer kay ni babi

    Reply
  • Jika saya batalkan debit advice ini, bolehkah saya dapat balik RM 8?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *