MVM RELIEF – Misi Bantuan Ramadan : “SYRIA, KAMI DATANG 3.0”

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai misi yang dijalankan oleh pihak MVM Relief iaitu Misi Bantuan Ramadan: “Syria, Kami Datang 3.0”.m

Baiklah, bagi anda yang belum mengenai MVM, Muslim Volunteer Malaysia ataupun MVM merupakan sebuah pertubuhan kesukarelaan yang mefokuskan bantuan kemanusiaan di Malaysia dan juga luar negara. Oh! untuk makluman anda juga, MVM telah mengadakan sambutan ulangtahun mereka yang ke-4 tempoh hari.

MVM Relief pula merupakan program bantuan kecemasan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan di dalam Malaysia dan antarabangsa. Ia merangkumi negara Asia seperti Kemboja, Vietnam, dan Bangladesh serta negara Timur Tengah seperti Syria, Jordan dan Lubnan.

Tidak hanya di Malaysia, MVM juga telah banyak melaksanakan program kesukarelaan di luar negara. Pada 2016, MVM telah menandatangi MOU bersama Malaysia Lifeline for Syria untuk kerjasama menghantar bantuan kecemasan dan keperluan asas kepada penerima bantuan di luar negara khususnya, pelarian Syria yang berada di kem-kem pelarian sempadan Turki-Syria dan juga pelarian Rohingya di Bangladesh.

MISI BANTUAN RAMADAN : SYRIA, KAMI DATANG 3.0

Mungkin ramai yang tertanya tanya, dalam banyak negara di dunia ini, kenapa mesti negara Syria yang menjadi pilihan pihak MVM untuk melaksanakan misi kemanusiaan pada Ramadan ini.



Untuk makluman semua, pergolakan dan peperangan yang berlaku di Syria masih berterusan dan tiada tanda-tanda ia akan berakhir sejak 8 tahun yang lalu. Setiap minit pasti ada kematian yang berlaku. Bekalan makanan, perubatan dan keperluan asas hidup tidak pernah mencukupi dan diperlukan dari semasa terutamanya di kem-kem pelarian.

Kini, hampir 4 juta rakyat Syria yang menjadi pelarian di kem-kem pelarian di sempadan Turki dan Syria. Bantuan yang dihantar oleh MVM hanya mampu meliputi 20,000 orang pelarian sahaja pada satu-satu masa.



Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah rakyat Syria ini kehilangan pengenalan diri akibat peperangan ini menyebabkan mereka sukar untuk bekerja atau bersekolah dan juga mendapatkan rawatan di hospital kerajaan di Turki dan juga negara lain.

Atas keprihatinan ini, MVM turut mengambil tanggungjawab kemanusiaan untuk turut menghantar bantuan-bantuan kecemasan dan keperluan kepada mereka bersama NGO-NGO dari seluruh dunia.

MVM tidak bersendirian, mereka juga bekerjasama dengan sahabat NGO, Global Peace Mission (GPM) bagi Misi Bantuan Ramadan : Syria, Kami Datang 3.0. Petugas dan sukarelawan MVM serta GPM telah berangkat ke Turki pada 26 Mei 2019 sehingga 6 Jun 2019.

TURUT SAMA MEMBANTU

Sekarang kita semua sudah faham bukan akan penderitaan saudara kita di timur tengah sana. Pada bulan yang mulia ini, sudilah kiranya kita meringankan beban mereka untuk turut sama bergembira dalam meraikan ketibaan bulan yang mulia ini.

Bagi anda yang ingin menderma bolehlah menderma seikhlas hati ataupun untuk menaja sekurang-kurangnya 1 keluarga pelarian Syria yang bernilai RM100 bagi 3 jenis bantuan iaitu Pek Iftar dan Sahur, Pek Makanan dan Beg Keceriaan untuk kanak-kanak dan anak-anak yatim Syria.

Semoga amalan baik yang kita lakukan ini bakal memberikan pertolongan pula kepada kita kelak nanti di akhirat sana.

Baiklah untuk anda yang ingin megnhulurkan sumbangan bolehlah membuat sumbangan secara online : bit.ly/ramadanmvm ATAU
https://donation.mvm.org.my/donations/misi-bantuan-ramadhan-syria-kamidatang-3-0/

Ataupun untuk anda yang ingin menggunakan bank-bank tempatan bolehlah hulurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia seperti berikut:

• Maybank (56480 164 7699)
• CIMB Islamik (8602 5378 07)
• Bank Islam (1230 0010 0030 65)
• Affin Bank (1060 2003 8503)
• Email: account@mvm.org.my

Baiklah, semoga sumbangan ikhlas anda ini dapat menjadi penolong kepada mereka di dunia dan menjadi penolong kepada diri kita sendiri di akhirat kelak.

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenan MVM bolehlah melayari mana-mana medium seperti di bawah:

Facebook page : Muslim Volunteer Malaysia
Instagram : muslimvolunteermalaysia
Twitter : @VolunteerMVM
Telegram channel : https://t.me/MuslimVolunteerMalaysia
Website rasmi : www.mvm.org.my
Website donation : www.donation.mvm.org.my

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge