Kebebasan Berinternet Untuk Melancong ke Luar Negara Dengan Yoodo

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai telco yang menawarkan kebebasan anda untuk berhubung ketika berada di luar negara. Telco yang saya maksudkan adalah Yoodo.

Semua sedia maklum, bila mengembara dan melancong ke luar negara, apa yang kita perlukan adalah untuk kekal berhubung dengan orang lain. Tak kiralah dengan itnernet, panggilan ataupun mesej sekalipun. Tapi yang menjadi masalahnya adalah kos yang tinggi apabila menggunakan khidmat tersebut di luar negara.

Silap haribulan, boleh pitam apabila melihat bil yang bakal sampai ke peti surat rumah kita nanti. Itu yang paling ditakuti apabila mengembara ke luar negara. Nak kata tak guna internet pula kan nanti memang agak susah la bila berada di luar negara. Internet wajib walaupun dalam mood melancong sekalipun.

Yoodo Roam Like Home

Oleh yang demikian, pihak Yoodo selaku telco yang menawarkan pakej telco yang menarik telah menawarkan pakej yang berpatutan untuk anda kekal aktif ketika berada di luar negara. Dengan kempen Roam Like Home pastinya anda tak perlu risau akan caj telco anda ketika berada di luar negara.

Chow Tuck Mun, Head of Yoodo

Hanya RM10-RM20 sahaja untuk 24 jam! Ya untuk 24 jam. Harga bergantung kepada negara mana yang anda kunjungi. 24 jam yang dimaksudkan adalah betul-betul 24 jam dan bukannya diperhabarui pada 12 tengah malam. Contohnya jika anda langgan pada 4.30 petang hari ini, maka pelan langganan anda akan tamat pada 4.29 petang esoknya. Dan bukan 12 malam ini seperti telco yang lainnya.

Pening la nak pergi negara mana ni

Apa yang menariknya lagi, langganan untuk perayauan antarabangsa ini terdapat di lebih 53 negara di seluruh dunia. Yang pastinya negara-negara yang biasa anda kunjungi memang terdapat dalam list ini. Jadi selepas ini anda tak perlu lagi bimbang dengan bil anda yang melambung tatkala berada di luar negara ok.

Nak beli pakej roaming pun cukup mudah sahaja. Anda hanya perlu pilih ‘Add roaming/IDD’ di dalam aplikasi Yoodo anda. Pilih roaming dan negara yang anda inginkan. Pilih sahaja waktu yang anda inginkan juga dan anda akan menerima SMS untuk maklumkan yang pakej telah anda berjaya langgan.

Berapa banyak data yang boleh saya gunakan?

Oh! itu adalah bergantung kepada data yang anda beli lah. Data yang ditawarkan memang cukup murah dan berpatutan. Memang cukup berbaloi sebabnya kita boleh pilih sendiri berapa banyak yang kita ingin gunakan. Kalau dah habis pula boleh tambah. Don’t worry.

Kenapa saya cakap berbaloi? Sebabnya saya juga pengguna setia Yoodo. Kenapa tak guna telco yang unlimited? Sebabnya saya tahu kalau unlimited, memang saya guna berapa GB je sebulan. Membazir je kalau saya bayar mahal-mahal untuk sesuatu yang saya tak guna sangat.

Selain itu juga, pengguna Yoodo berpeluang untuk memenangi Samsonite ARQ luggage bernilai RM1129 apabila menyertai I Love Roam Like Home. Hanya belanja RM30 sepanjang kempen berlangsung iaitu dari 25 Mei hingga 31 Julai, dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik ini.

Untuk anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Yoodo ini bolehlah berhubung melalui mana-mana medium seperti di bawah:

Facebook: Facebook Yoodo
Web: Web rasmi Yoodo

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Kebebasan Berinternet Untuk Melancong ke Luar Negara Dengan Yoodo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge