December 9, 2024
Lain-Lain

Beraya Bersama Pakaian dari Jakel Pada Syawal Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pemabaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah Ramadan kini kembali lagi. Selain beribadah pastinya ada yang sudah membuat persiapan untuk meraikan Syawal. Bila sebut Syawal pastinya kita akan teringat akan Pakaian dari Jakel.

Ingat Kain, Ingat Jakel

Memang menjadi satu kemestian bila tiba sahaja Ramadan, pastinya ramai antara kita akan berpusu-pusu ke kedai kain untuk membuat persiapan raya. Namun, pastinya Jakel antara yang tertinggi dalam senarai tersebut. Mana tidakya, pelbagai jenis tawaran yang diberikan di sana.

Pelbagai jenis pakaian dijual di Jakel dari anak kecil sehinggalah dewasa. Dari lelaki dan juga wanita. Memang semuanya terbaik dan boleh dikatakan sebagai pusat sehenti (one stop centre) bagi pakaian.

Antara duta Jakel yang hadir ke cawangan Shah Alam yang lepas

Pada hari terakhir sebelum Ramadan lepas, pihak Jakel telah membawa duta mereka ke cawangan mereka di Shah Alam. Di sana telah diadakan lelongan tawaran diskaun besar-besaran. Memang meriah dengan kehadiran duta-duta Jakel seperti Dato’ Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Ayda Jebat, Upin Ipin serta duta terbaru mereka iaitu Abam Bocey.

Kelainan pada tahun ini adalah pengenalan Abam Bocey selaku duta bagi pakaian bersaiz besar. Baju Melayu koleksi Abam Bocey sehingga 5XL. Jadi buat anda yang bersaiz besar, usah bimbang, kerana Jakel ada segalanya.

Lebih meramaikan pengunjung pada hari tersebut adalah apabila Jakel memberikan baucar Baju Raya percuma kepada 100 pelanggan yang membeli baju Melayu bernilai RM150 . Wah! Berpusu-pusu orang berkunjung ke Jakel pada hari tersebut. Memang meriah sekali!

Nabil ketika sesi lelongan
Ayda Jebat juga tidak melepaskan peluang terlibat dalam aktiviti lelongan

Koleksi Baju Raya Jakel

Dato’ Aaron Aziz dan Nabil Ahmad bersama
Tuan Hj Mohamed Izani Bin Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Jakel Shah Alam

Baju Melayu Aaron Aziz

Direka khas dan khusus yang memberikan kekemasan dan keselesaan. Koleksi Aaron Aziz adalah sememangnya berbeza dari segi penggunaan pelbagai jenis fabrik serta warna

Baju Melayu Nabil Ahmad

Berkonsep moden kontemporari iaitu potongan slim-fit yang menekankan kekemasan di bahagian leher dan poket.Bagi tahun ini, Jakel merevolusikan koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad dengan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve).

Baju Melayu Awal Ashaari

Koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada potongan, warna dan kualiti fabrik untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh gaya dan berkeyakinan.

Baju Melayu Hairul Azreen

Koleksi Baju Melayu Hairul Azreen diperkemaskan lagi dengan perincian jahitan tangan di bahagian kolar. Terdapat juga koleksi baju melayu potongan teluk belanga

Baju Melayu Plus Size

Untuk tahun ini, Jakel memperkenalkan Abam Bocey sebagai duta dan koleksi plus size ini disediakan untuk mereka yang bersaiz sehingga 5XL

Baju Kurung Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha

Pada tahun ini Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung di bawah koleksi Scha Alyahya, Ayda Jebat dan Hanis Zalikha. Berkonsepkan kurung moden, ia bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita berkerjaya yang inginkan penampilan ceria dan moden.

Ayda Jebat selaku duta pakaian baju kurung Jakel

Kurta Awal Ashaari dan Hairul Azreen

Bagi sesiapa yang tidak mahu menggayakan baju Melayu, terdapat juga koleksi kurta untuk dipilih sempena raya pada tahun ini. Koleksi kurta yang menarik pastinya menjadi pilihan bagi lelaki yang inginkan kemasan dan juga keselesaan.

Pakaian Kanak-kanak Upin Ipin, Lara Alana dan Yusof Iskandar

Tidak hanya untuk orang dewasa, koleksi untuk kanak-kanak tidak kurang hebatnya. Dari anak kecil sehinggalah kepada yang berumur 12 tahun pastinya akan menjadikan hari raya mereka lebih meriah dan ceria dengan koleksi terkini ini.

Upin dan Ipin selaku duta bagi pakaian kanak-kanak Jakel

Beli Secara Dalam Talian di JakelStore.My

Baiklah, utuk anda yang menggemari koleksi dari Jakel namun tidak berkesempatan untuk berkunjung ke Jakel, kali ini urusan anda akan lebih mudah dengan adanya laman web untuk pembelian dalam talian.

Hanya pesan sahaja di www.JakelStore.my dan tunggu sahaja barangan anda sampai . Oh! Untuk makluman anda juga, diskaun yang ditawarkan di web ini adalah sama dengan yang ditawarkan di kedai mereka. Jadi tak usah khawatir lagi untuk bergaya dengan koleksi Jakel pada lebaran nanti.

Jadi, jom bergaya bersama koleksi pakaian dari Jakel pada lebaran nanti. Dapatkan koleksi terbaik mereka dari anak kecil hinggalah dewasa. Dan jangan lupa bagi yang tidak berkesempatan untuk ke kedai, buat pesanan anda di JakelStore.my

Jom beraya bersama Jakel

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *