Nak Ubah Hidup – Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes

Asslamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai program terbaru dari Richworks iaitu Nak Ubah Hidup – Kuasai Potensi Diri, Kewangan dan Bisnes.

Semua di antara kita sedia maklum akan mentor keusahawanan yang terkenal Malaysia iaitu Dr Azizan Osman, selaku Master Coach Richworks. Beliau telah banyak membantu usahawan-usahawan hebat yang ada di Malaysia ini. Hasilnya tidak dapat kita nafikan dan sememangnya telah berjaya dengan jayanya.

Jika sebelum ini Dr Azizan Osman telah mengendalikan program IMKK, namun kali ini program Nak Ubah Hidup ini bakal memberikan impak lebih 10 kali ganda dari IMKK yang lepas.

Program ini bakal diadakan pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Seramai 10,000 peserta bakal menghadiri program yang berlangsung pada hari kemerdekaan negara ini. Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks. 

“Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 

“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 

Azizan berkata, beliau sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform program ini yang merupakan inisiatifnya dipercayai dapat membantu lebih ramai orang, terutamanya Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah.” 

“Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.” kata Azizan lagi.

Jadi buat anda yang teringin untuk menghadiri program hebat ini, bolehlah melayari mana-mana medium yang tertera seperti di bawah ini.

Facebook : Azizan Osman Official Page
Instagram : Azizan Osman Official
Twitter : Azizan Official
Youtube : Azizan Osman
Linked : Azizan Osman Official
Website : www.nakubahhidup.com
Email: inquiries@richworks.com.my
Hotline : 1-300-88-2424

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge