December 9, 2024
Lain-Lain

Resepi Stew Kambing Dengan Kentang U.S. Kasih Sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Bulan Ramadan sudah bermula. Semoga kita semua bersedia mental dab fizikal hendaknya. Baiklah untuk ebtri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Resepi Stew Kambing dengan Kentang U.S Kasih Sayang.

Wah! Panjang betul namanya kan? Resepi ini saya masak khas untuk anda semua dan saya berbesar hati untuk berkongsi dengan anda resepi yang lazat dan mudah untuk disediakan ini. Campak sahaja dalam periuk dan siap. Sap sap soi sahaja penyediaannya.

Bahan-Bahan

Baiklah, untuk resepi ini, apa bahan-bahan yang diperlukan?

Bahan yang anda perlukan hanyalah daging kambing, Kentang U.S., saderi, tomato, bawang merah, bawang besar, bawang putih, tomato, lada hitam, jintan manis, kulit kayu manis, buah pelaga, tepung jagung.

Simple bukan? Sayur yang anda ingin gunakan juga boleh dipelbagaikan lagi. Nak guna pelbagai sayur pun boleh kalau anda gemarkan sayur yang banyak. Namun paling utama, Kentang U.S kenalah lebih sebab ianya memang sedap di masak dalam menu ini.

Cara Penyediaan

Jadi bagaimana cara untuk sediakan menu ini? Susah ke? Sebenarnya tak ada la susah sangat. Saya yang malas masak inipun boleh buat, apatah lagi anda yang suka memasak.

Cara- cara penyediaan.

  1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang besar ke dalam kuali. Masak sehingga keperangan. masukkan jintan manis, kulit kayu manis, buah pelaga ke dalam kuali dan masak sehingga naik bau.
  2. Masukkan tepung jagung yang dicampur sedikit air. Masukkan juga serbuk lada hitam. Kacau sehingga sebati. Masukkan gula dan garam mengikut citarasa anda sendiri.
  3. Masukkan daging kambing, kentang U.S. , tomato dan saderi ke dalam periuk tekanan. Masukkan bahan-bahan yang ditumis terlebih dahulu tadi.
  4. Set periuk tekanan kepada 35 minit dan tunggu sehingga masak.
  5. Siap untuk dimakan. Boleh dihidangkan bersama daun bawang dan juga taburan bawang goreng.
Bahan utama, daging kambing dan kentang U.S dimasukkan ke dalam periuk tekanan.

Bagaimana? Mudah kan? Tapi hasilnya amatlah menyelerakan. Saya juga buat lagi dan lagi menu ini sebab sedap. Kentang U.S. yang digunakan juga amat empuk bersama daging kambing. Jadi rasanya memang blend bersama. Seriously memang enak untuk dimakan seisi keluarga.

Tahukah Anda?

Kentang U.S mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding nasi?

Namun yang paling penting, ianya mampu memberikan lebih kekenyangan berbanding nasi. Jadi ianya memang sesuai untuk bulan Ramadan ini.

Selain itu juga, kentang U.S mengandungi serat yang tinggi setara dengan bijirin dan juga roti gandum. Jadi, serat yang tinggi akan membantu sistem pencernaan kita.

Saya jamin, buat anda yang penggemar daging kambing, menu sebegini amatlah sesuai untuk anda. Mudah dan menyelerakan.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Resepi Stew Kambing Dengan Kentang U.S. Kasih Sayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *