April 16, 2024
Hal-hal Semasa

Villa Istana Melaka, Tempat Terbaik Untuk Berbuka Puasa di Melaka

Assalmualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bufet ramadan di Villa Istana Melaka.

Untuk makluman semua, Villa Istana Melaka terletak di Ayer Keroh, Melaka. Tempat ini juga pernah dijadikan lokasi set penggambaran dalam drama ‘Jodoh-Jodoh Annisa’ yang kini ditayangkan di Astro Prima. Selain tempatnya yang cantik dan ruang makan yang berhawa dingin, Villa Istana Melaka ini juga menyajikan sajian makanan bertaraf 5 bintang untuk bufet Ramadan sepanjang Bulan Ramadhan 2019 ini.

Sepanjang bulan Ramadan ini, pihak Villa Istana Melaka akan menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi ‘Menu Wajib’ pada bulan Ramadan ini. Pelbagai menu menarik bakal disajikan kepada tetamu yang hadir ke sini nanti.

Menu

Jom kita saksikan beberapa menu yang bakal disajikan kepada tetamu di sini nanti.

Menu Utama
Nasi Beriani
Nasi Serai
Ayam Masak Merah
Ayam Goreng Rempah
Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi dengan Cendawan & Pisang Muda
Daging Dendeng
Daging Rendang
Ikan Goreng Bercili
Sambal Udang Petai
Sambal Belacan
Sambal Tempoyak serta Ulam-ulaman

Kerabu
Kerabu Mangga
Somtam
Kerabu Perut
Kerabu Taugeh
Kacang Botol
Kerabu Sohon

Manisan
Bubur Jagung + Sagu
Bubur Kacang
Bubur Chacha
Bubur Pulat Hitam
Bubur Gandum
Bubur Kledek + Nangka

Menu Tambahan
Kambing Grill dengan Sos Lada Hitam
Roti John Adik Manis
Char Kuew Tiaw
Mee Rebus
Soto
Ayam Gunting Senget
Keropok Lekor
Cucur
Pisang Goreng
Rojak Buah
Buah-buahan Tempatan
Loloq Ipoh
Kuih muih tradisional

Kambing grill

Kemudahan

Menarik bukan? Selain itu juga, terdapat kemudahan yang boeh digunakan oleh para pengunjung tatkala berbuka puasa di sini. Villa Istana Melaka turut menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas awam, bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk agar para pelanggan dapat menunaikan solat Maghrib & Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa.

Bilik penginapan ekslusif juga disediakan untuk pengunjung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri Melaka Bandar Bersejarah.

Para tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan hiburan islami dari Kumpulan Nasyid Unggul SaffOne yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang bulan ramadhan ini.

Ruangan yang luas dan selesa untuk pengunjung yang berbuka di sini.

Harga

Harga nilai hebat yang ditawarkan adalah hanya RM45.00 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak.

Ini antara tempat yang paling murah yang pernah saya tahu untuk tawaran berbuka puasa. Terbaiklah! Memang anda tak patut lepaskan peluang untuk berbuka di sini.

Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang sangat menarik.

Oh! Lupa untuk saya maklumkan yang bufet Ramadan di Villa Istana Melaka ini berlangsung pada 6 Mei hingga 1 Jun 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

VILLA ISTANA MELAKA
Lot 11319 PM1313
Jalan TU1, Taman Tasik Utama
Ayer Keroh, Melaka.
06 – 233 0205 / 017 – 340 8715 / 016 – 790 0804 / 010 – 794 0115 / 017 – 335 7466
Facebook: www.fb.com/IstanaMelaka
Instagram: www.instagram.com/villaistanamelaka

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *