Berbuka di Restoran 10 Binjai PNB Perdana On The Park
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua bufet ramadan yang disediakan di Restoran 10 Binjai di Hotel PNB Perdana On The Park.
Dengan bertemakan Nostalgia Ramadan, pelbagai seleksi makanan yang menarik disediakan di sini untuk dinikmati. Ianya termasuklah makanan tradisi kita dan juga seleksi antarabangsa. Bila berbuka sahaja saya sendiri pastinya akan menacari-cari makanan tradisi. Kerana ianya pasti lekat dalam minda kita sejak dahulu lagi. Jadi berbuka di sini sememangnya pilihan yang terbaik.
Bermula dari 18 Mei ini hingga 15 Jun, ianya pasti memberikan pengalaman berbuka puasa yang pastinya berbaloi dan tidak menghampakan. Saya sendiri telah merasai makanan di sini, dan sememnagnya ianya cukup berbaloi dan memang wajib untuk anda cuba. Serius!
Untuk makluman semua, bufet Ramadan di Restoran 10 Binjai juga memperlihatkan seleksi rangkaian masakan berkonsepkan ala kampung yang pastinya akan membuatkan anda merasa seolah-olah sedang menikmati air tangan masakan ibu sambil mengimbau nostalgia di desa.
Menu hidangan yang disediakan
Antara menu yang disajikan ialah Nasi Beriani Kismis, Ayam masak Beriani, Daging Rendang, Ikan Tenggiri Masak Taucu, Kupang sambal bawang dan kobis masak lemak. Di samping itu, terdapat juga live cooking stall yang menghidangkan makanan seperti Mee Rebus, Keow Teow, Murtabak, Roti Jala yang sememangnya enak.
Ayuh kita saksikan sedikit sebanyak seleksi juadah yang disediakan di sini. Pastikan anda kuat iman untuk melihat makanan ini ketika berpuasa ya. 🙂
Bagi saya, saya paling gemar ikan patin masak tempoyak di sini. Mana tidaknya, rasa tempoyaknya cukup kaw dan memang sedap untuk dinikmati. Saya sendiri bernambah nambah bila makan ikan patin ini. Hirup kuahnya, perghh memang sedap. Dikhabarkan chef yang memasakan ini memang asli dari Jerantut. Patutlah sedap semacam sahaja saya makan.
Selain itu juga, terdapat pelbagai seleksi minuman manis yang boleh anda pilih. Tak lupa juga air kosong dan juga air panas.
Berbuka tak lengkap kalau tak ada, manisan ataupun pencuci mulut kan? Di sini terdapa juga banyak manisan yang disediakan. Tak lupa juga kuih tradisi kita seperti akok, onde-onde dan juga pulut bakar.
Bagi anda yang ingin menjamu selera ketika berbuka di sini bolehlah berbuat demikian dengan menempahnya melalui pihak hotel. Harga yang ditawarkan amatlah berbaloi dengan segala makana yang diusajikan di restoran ini. Harga bersih bufet Ramadan bagi dewasa ialah RM92.00 manakala bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 12 tahun ialah RM55.20.
Untuk makluman anda juga, PNB Perdana On The Park yang berkonsepkan syariah islam sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai kerana kami merupakan salah satu Hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM. Disamping itu, kemudahan untuk solat maghrib dan tarawih juga disediakan di tingkat 5.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut:-
Restoran 10Binjai
Telefon : 03-7490 3838
Laman web: http://www.pnbperdanaonthepark.com/
cantik interior tempat ni. makanan plak nampak sedap. tengok la cara diorng susun kuih tu. haha