Citarasa ASEAN di Bufet Ramadan 2018 D’Saji KL Titiwangsa
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua bufet ramadan yang disediakan di D’Saji KL Titiwangsa.
Saban tahun saya pastinya akan berkunjung ke premis ini untuk menikmati bufet yang disediakan oleh pihak mereka. Kenapa?

Ini kerana masakan yang disediakan oleh pihak mereka tidak pernah mengecewakan saya. Oleh yang hal demikian, ia merupakan kewajiban bagi saya untuk berkunjung ke sini saban tahun. Namun pada kali ini, Felda D’Saji KL Titiwangsa mengangkat tema ‘Taste of ASEAN’.
Tema kali ini bakal menyaksikan menu utama 10 negara Asean iaitu Thailand, Filipina, Indonesia, Laos, Kemboja, Viienam, Myanmar, Brunei, Singapura dan Malaysia sendiri.
Semua sedia maklum bahawasanya walaupun kita berada di Asia tenggara, namun negara anggota ASEAN ini mempunyai pelbagai masakan menarik bagi setiap negara. Hidangan yang disajikan pastinya membibitkan rasa gembira kepada sesiapa yang memakannya.
Seperti mana Singapura yang terkenal dengan nasi ayamnya, Thailand dengan pulut ayamnya, Indonesia yang terkenal dengan baksonya dan Vietnam yang terkenal dengan popianya. Semua itu anda dapat nikmati di sini. Menarik bukan? Tak payah bersusah payah berkunjung ke negara Asean ini kerana semuanya ada di Felda D’Saji KL Titiwangsa ini.


Dengan sebanyak 120 sajian dari 10 negara Asean, sememangnya berkunjung ke sini bakal menjadikan pengalaman anda berbuka akan lebih menarik dan menyeronokkan.
Apa yang paling utama adalah, terdapat surau yang luas dan selesa untuk anda menunaikan solat Maghrib. Jadi tak payah la nak risau takut terlepas Maghrib atau apa kan. Sebab ianya luas dan mampu menampung sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.
Selain itu juga, anda turut dihiburkan oleh kumpulan muzik sepanjang anda menikmati hidangan disini. terdapat juga lagu kerohanian dan juga lagu kontemperori untuk menjadi halwa telinga anda.
Harga yang ditawarkan untuk bufet di sini adalah seperti berikut:
RM85 untuk dewasa
RM 51 untuk kanak-kanak
Bagi saya harga yang ditawarkan cukup berbaloi dengan apa yang disediakan oleh pihak mereka. Anda patut datang ke sini.
Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut bolehlah mengubungi mana-mana medium seperti di bawah:
Facebook: www.facebook.com/restoranterapungtitiwangsa
Instagram: www.instagram.com/dsajikltitiwangsa