December 9, 2024
Food

Sajian kampung di Restoren Kontiki The Federal KL

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai bufet Ramadan yang diadakan di Restoren Kontiki The Federal Kuala Lumpur.

Bercakap mengenai Hotel Federal ini, semestinya semua sudah sedia maklum akan kewujudan hotel ini. Berada di tengah-tengah lubuk emas Kuala Lumpur iaitu Bukit Bintang pastinya menjadi tumpuan umum untuk menginap. Berada di Bukit Bintang semestinya satu hotel pilihan ramai. Namun pada kali ini saya ingin berbicara khusus mengenai bufet Ramadan yang disediakan di restoren mereka.

kontiki

Di Hotel Federal Kuala Lumpur ini terdapat banyak restoren namun, untuk bufet Ramadan, mereka adakan di Restoren Kontiki. Terdapat beratus-ratus sajian untuk dinikmati oleh semua para pengunjung. Mana tidaknya masuk sahaja ke dalam restoren pasti terpancar dengan pelbagai makanan yang menyapa anda semua.

Untuk pengetahuan semua, Kontiki juga menyediakan makanan kegemaran Perdana Menteri Pertama kesayangan kita semua iaitu Allahyarham  Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj antaranya gado-gado, rojak buah, ikan masin, ulam-ulam kampung dan beberapa lagi jenis masakan kegemaran beliau .

ikan kering  itik masak lemon  udang masak merah

Menyediakan bufet sajian kampung pastinya memberikan para pengunjung pengalaman hebat dengan sajian kampung asli dengan kepelbagaian rasa dan aroma yang berbeza yang pasti memikat selera semua.  Dari pembuka selera, sajian utama hinggalah pencuci mulut.

KERABU
  • Kerabu mangga muda, kerabu kacang botol, kerabu sotong, kerabu nasi, kerabu daging, kerabu tauge, kerabu kacang panjang, kerabu jantung pisang, kerabu kaki ayam, kerabu nenas timun, kerabu perut, kerabu telur

kerabu

BBQ STATION
  • Hard shell prawn, tiger prawn, fresh water prawn, crab, mussel, sotong, ikan kembung, ikan pari, cockles, chicken sathin, chicken wing, chicken liver, chicken kidney, chicken drumstik, satay ayam, satay daging, beef tenderloin, sosej, whole lamb, sweet corn, taufu  bakar, otak-otak, keropok lekor, ayam percik, deep-fried sweet potatoes, yam dan banana (pastri)
STALL LUAR
  • Sup gear box, sup campur, nasi bukhari, lamb and chicken with lebanese bread or pita bread, roti john, murtabak kari ayam, roti canai, air sirap, ais kacang, cendol, aiskrim, teh tarik.

ayam goreng  ikan bakar  nasi bukhary

STALL DALAM
  • Mee goreng, nasi ayam panggang dan stim serta sup
  spegeti
SUP
  • Cream of mushroom, four treasure with crabmeat, bubur lambuk

DESSERT

dessert kontiki

Menarik bukan? Banyak lagi sebenarnya menu yang dihidangkan. Namun untuk merasai sendiri kemeriahan dan kesedapan menu ini bolehlah berkunjung sendiri ke Restoren Kontiki The Federal Hotel Kuala Lumpur

Harga  untuk buffet disini pula seperti dibawah :
Dewasa : RM 138
Kanak-kanak : RM 35
Warga Emas : RM 69
Untuk tempahan atau maklumat lanjut hubungi:-
No.Telefon: 03-2148 9166
Faks: 03-2148 0463
Tel : 03-2148 9166
Email : fnb@federal.com.my
 
THE FEDERAL KUALA LUMPUR
35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *