Berbuka Puasa di Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua satu venue untuk berbuka puasa yang menarik di Gombak.
Untuk makluman semua, tempat berbuka yang saya maksudkan adalah Restoran Nelayan Titiwangsa di Gombak. untuk maklumana, restoran ini dahulunya terletak di Titiwangsa namun kini telah berpindah ke Gombak. Untuk mengekalkan identitinya, ia masih mengekalkan nama Titiwangsaa walaupun terletak di Gombak. Ini untuk mengelakkan para pengunjung dan pelanggan tetap mereka keliru.
Berbicara menenai seleksi makanan yang disediakan pula, Restoran Nelayan ini menyediakan pelabagai makanan Melayu asli yang enak untuk dinikmati oleh pelanggan. Tidak hanya pada itu, restoren ini juga turut menyajikan sajian steamboat dan grill, ala-carte, dan ikan bakar. Turut sama disajikan adalah makanan laut yang disajikan secara berselerak di atas meja. Pelbagai sajian kuah dan sos istimewa disediakan untuk para pelanggan nikmati.
Mengenai bufet Ramadan pula, mereka menyajikan pelbagai jenis menu yang menarik. Ada juga disajikan menu yang dimasak secara langsung kepada pengunjung, antaranya daging salai dan daging gulai kawah Tanjung.
Selain itu juga, disediakan hidangan berkonsepkan warung dimana menu hidangan seperti mee, laksa, kuih muih, bubur dan buah-buahan disediakan.
Pilihan air juga tidak kurang hebatnya. para pengunjung boleh menikmati pelbagai air jenis kordial, selain pilihan teh tarik dan juga cendol. Bagi pilihan tambahan, pelanggan juga boleh memesan air mojitos Sparkling dan Love passion Sour Soup dengan sedikit tambahan bayaran berasingan.
Jom kita saksikan beberapa hidangan Melayu yang enak bakal disajikan kepada pelanggan mereka.
Untuk harga bagi bufet Ramadan di sini pula cukup berbaloi. Pada hanya RM49.90 sahaja untuk dewasa dan kanak-kanak antara 5 hingga 11 tahun serta warga emas berumur 61 tahun keatas pula diberi diskaun sebanyak 50%! Bagi kanak kanak berumur 4 tahun pula PERCUMA.
Bagi anda yang ingin mengadakan majlis secara berkumpulan, terdapat pakej iaitu pakej RM25/pax, RM30/pax dan RM35/pax dengan minima order untuk 50 pax dan bergantung kepada jenis menu. Harga ini termasuk dengan pengangkutan, kelengkapan katering dan pelayan. Ini adalah disediakan untuk anda yang inginkan majlis divenue pilihan anda sendiri seperti di rumah, pejabat, dewan, rumah anak yatim dan sebagainya.
Apa yang lebih menarik di Restoran Nelayan Gombak ini adalah , terdapat surau dan juga ruang dewan untuk solat terawih. Dianggarkan dewan ini mampu menampung sehingga 200 orang pada satu masa. Setiap hari seorang Imam Muda akan mengimamkan solat terawih di sini. Peluang solat terawikh ini juga terbuka kepada penduduk setempat dan tidak hanya khas kepada pengunjung sahaja.
