Bufet Ramadan 2017 Bersama Felda D’Saji

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam kedaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda smua mengenai tempat untuk anda berbuka puasa dengan pelbagai pilihan menu yang begitu menyelerakan.

Semua telah sedia maklum ,bahawasanya setiap tahun Felda D’Saji akan menyediakan bufet Ramadan di beberapa tempat di sekitar Lembah Klang. Masakan yang disediakan oleh Felda D’Saji juga sudah sedia maklum oleh sesiapa sahaja yang pernah menikmatinya. Masakan yang mereka sediakan ibarat sekali makan pasti nak lagi. Bagi peminat tegar masakan Melayu asli, D’saji merupakan pilihan terbaik anda.

Semenjak tahun 2008, Felda D’Saji telah menyajikan bufet ramadan di Malaysia untuk dinikmati oleh setiap pelanggan mereka. Setiap tahun, pelbagai menu menarik diperkenalkan oleh Felda D’Saji untuk dinikmati apabila tibanya Ramadan.

Pada tahun ini tidak terkecuali, Felda D’Saji kembali membawakan masakan tradisi dari pelbagai pelusuk negeri yang dipilih berdasarkan zon iaitu zon barat, timur selatan dan utara.

Sambal hitam yang terkenal di negeri Pahang

Selain itu juga, konsep makanan secara warung juga disediakan dengan penyediaan makanan secara segar dan terus kepada pelanggan. Antara makanan yang disajikan adalah BBQ, aneka sup, sudut makanan itali, aneka bubur dan banyak lagi. Pastinya akan memberikan pengalaman yang berbeza kepada pengunjung.

 

Hidangan istimewa dari Chef Ismail ini boleh dinikmati di Dewan Perdana Felda, Red Carpet Avenue Strand Mall dan di Kajang Perdana Avenue.

Antara pencuci mulut dari timur tengah

Bagi venue lain, disediakan konsep makanan yang berbeza iaitu masakan dari timur, barat, mediteranean serta seafood galore.

Seafood galore

 

Tidak hanya masakan dan makanan yang enak, Felda D’Saji juga tidak melupakan tentang keperluan asas yang lain kepada pengunjung. Ruangan solat yang selesa juga Imam solat terawikh juga disediakan bagi pelanggan di Dewan Perdana Felda.

Daging dendeng

Selain di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, terdapat beberapa tempat lain yang disediakan bufet Ramadan oleh pihak Felda D’Saji iaitu:

  1. Restoren Terapung D’Saji Tititweangsa, Tasik Tititwangsa
  2. Kajang Perdana Avenue Kajang
  3. Red Carpet Avenue Strand Mall Kota Damansara
  4. Orchard Villa Jalan Gombak
  5. Lake Cempaka Villa Bandar Baru Bangi.

Manakala untuk majlis korporat pula, Felda D’Saji menawarkan 6 venue untuk sesiapa yang inginkan lebih privasi dan memerlukan majlis untuk didakan dalam keadaan tertutup. Venue yang dimaksudkan adalah:

  1. Dewan Merak Kayangan Jalan Gurney
  2. Dewan Besar Tun Rahah Jalan Bukit Bintang
  3. Dewan Rafflesia Tasik Titiwangsa
  4. Dewan Bankuet Menara Felda Persiaran KLCC
  5. Dewan Gemilang Kelana Jaya
  6. Ideal Convention Centre Shah Alam

Bersempena dengan perasmian bufet ini baru-baru ini, YB Penegerusi Felda mengumumkan potongan harga 50% untuk kepada pelanggan untuk 3 hari pertama Ramadan. Potongan istimewa juga ditawarkan kepda warga emas dan OKU.

Bagi anda yang berminat untuk berbuka di mana-mana lokasi Felda D’Saji, berikut merupakan harga bufet di setiap lokasi.

Harga Buffet Ramadan

Dewan Perdana Felda

Dewasa = RM78+
Kanak – Kanak = RM45+

Contact Person
Pn Emilda : 017 – 288 6920
Cik Azizah: 019 – 282 2933

Kajang Perdana Venue

Dewasa = RM49+
Kanak – kanak = RM29+

Contact Person
En Azan : 014 – 338 8794
Pn Nadia: 019 – 295 6232

Red Carpet Avenue

Dewasa = RM 39+
Kanak – kanak = RM23+

Contact Person
Cik Hidayu :012 – 921 4691
Pn Nurul : 019 – 242 4775

Restoran Terapung D’Saji KL Titiwangsa

Dewasa = RM 79+
Kanak – kanak = RM39+

Contact : 03 – 402 100 98

Orchard Villa

Dewasa = RM 37+
Kanak – kanak = RM22+

Contact : 03 – 402 100 98

 

Untuk maklumat lanjut dan tempahan bolehlah menghubungi talian 03-26988302 atau email kepada salesdsaji@felda.net.my

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge