Nikmati Hainan Bread Set Hanya RM8.88 di PappaRich
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam kedaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali in isaya ingin kongsikan pengalaman saya menikmati menu terbaru di Papparich.
Semua sedia maklum bahasawanya rakyat Malaysia mempunyai citarasa yang tinggi dalam makananan harian. Tak kira lah masakan daripada manapun, asal sedap di mulut, pasti menjadi pilihan kita semua. Oleh yang demikian, PappaRich telah mendatangkan menu baru yang boleh dinikmati sepanjang hari di rangkaian restoren mereka iaitu set Hainan Bread.
Saya sendiri juga peminat set roti ringkas seperti set Hainan Bread ini. Saya bersama rakan telah mengunjungi PappaRich pada minggu lepas dan mencuba set roti Hainan ini. Wah! Memang berselera betul kami semua menikmati set roti ini.
Untuk makluman semua, set roti ini didatangkan dengan minuman. Tidak hanya dibekalkan roti sahaja, set ini didatangkan dengan pilihan minuman seperti kopi klasik Papparich, teh tarik dan juga white coffee.
Bagi pilihan roti pula, terdapat 2 pilihan yang boleh dipilih. Iaitu:
-
Hainan Toast with Butter & Kaya
Bagi pilihan  ini, sememangnya sesuai untuk peminat roti bakar. Roti yang dihidangkan panas, garing dan rangup memang membangkitkan selera. Ditambah pula dengan mentega dan kaya buatan sendiri! Wah, memang saya makan berkeping-keping. Lain kali kalau ke Papparich akan saya ulang pesan set ini.
-
Roti steam with butter & kaya
Menarik juga menu roti ni.. hehehe.
Ya! memang disyorkan untuk cuba. Sedap bila makan waktu panas-panas
Tak pernah lagi singgah paparich ni tapi nampak macam best jugak boleh try lepas ni
Memang wajib cuba sebab makanan dia sedap. Memang berbaloi kalau makan
Ringkas dan sedap 🙂
Ya. Dan berbaloi untuk wang kita