Buzzme – Satu Sim Kegunaan di Pelbagai Negara
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca blog sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai satu kad sim yang baru diperkenalkan di Malaysia.
Saya pasti dengan kewujudan kad sim sebegini lebih memudahkan para pengembara yang gemar berkunjung ke serata negara. Semua sedia maklum, apabila tibanya seseorang ke sesebuah negara, pekara pertama yang dicari adalah kad sim. ini adalah untuk memudahkan mereka berhubung dan juga untuk langganan data. Mati kutu dibuatnya jikalau tiada data sepanjang perjalanan.
Oleh yang demikian, wujudnya Buzzme ini. Untuk memudahkan segala urusan anda di luar negara, Buzzme menawarkan pelbagai pakej menarik untuk anda miliki. Dengan pembelian kad sim serendah RM99 (termasuk RM50 kredit), anda boleh memilki kad sim Buzzme ini.
Majlis pelancaran kad sim Buzzme ini telah berlangsung pada 18 Mei yang lalu di Tournament Players Club Kuala Lumpur. Majlis telah dihadiri oleh tetamu kehormat, media dan ramai lagi jemputan yang lain. majlis ucapan pendahuluan telah disempurnakan oleh Encik Loke Yee Siong selaku Ketua Pegawai Eksekutif Enabling Asia.
Dalam majlis sama juga telah diadakan upacara menandatangai perjanjian persefahaman dengan antara Enabling Asia dan Oasis Systems Ptd Ltd.
Antara kelebihan menggunakan Buzzme World SIM Starterpack:
★ Tempoh sah sehingga 1 tahun
★ Tawaran 20% baki kredit yang tinggal jika tidak menggunakan internet sepenuhnya
★ Internet Roaming tanpa had
★ Transaksi tambah nilai menggunakan sistem atas talian
★ Menawarkan Insurans PA (Kemalangan Peribadi) bernilai sehingga RM100,000
★ Tidak perlu mencari simkad baru apabila berada di luar negara
Berikut adalah ucara penggunaan bagi kad sim Buzzmee ini.
1- [Permulaan]
Masukkan simcard “Buzzme” ke dalam telefon anda, sambung kepada Wi-Fi dan muat turun (Download) aplikasi (Apps) – M8 World SIM
2- [Log Masuk]
Masukkan nombor telefon dan kata laluan yang tertera di atas kad sim. Lantas daftarkan butiran peribadi seperti diminta. Tunggu sehingga dapat SMS dan e-mel selepas itu
3- [Sebelum Penerbangan]
Anda boleh langgan pelan mengikut negara dan bayar menggunakan kad (Visa/Mastercard/E-pay). Selepas terima SMS/e-mel, anda akan menerima nombor baru mengikut negara tersebut. Menarik kan? Beli nombor SIAP.
4- [Tiba Ke Destinasi]
Boleh log masuk di aplikasi (Apps) dan pilih nombor yang anda telah terima sebelum ini dan anda boleh terus gunakan internet dari nombor tersebut. Senang dan tidak perlu cari kad sim baru di lapangan terbang.
5- [Pulang ke Malaysia- Negara asal]
Log masuk semula ke aplikasi tersebut dan pilih nombor telefon asal anda. Siap.
Berkenan di hati? Berikut adalah cara untuk anda mendapatkan kad sim Buzzme ini.
Anda hanya perlu melayari (www.m8.com.my) ataupun www.buzzme.com.my dan pilih nombor yang anda minat.
Klik SINI untuk pautan pantas ke link pembelian nombor
www.m8.com.my/eaMember/telcoshop
Gambar bawah tue, wowwwwwwwwww