Antara 4 Jenis Ramyun Nongshim Ini, Yang Mana Paling Anda Gemari?
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai seleksi ramyun berjenama Nongshim yang popular di Korea.
Semua telah sedia maklum, bahawasanya jenama dari Korea sememangnya diterima baik dalam kalangan penduduk di Malaysia. Mana tidaknya, setelah demam K-wave melanda Malaysia, ramai diantara kita terikut-ikut dengan apa yang dilakukan oleh mereka. Tak kisahlah dari segi gaya penampilan dan juga makanan. Boleh dikatakan di ibu negara sekarang berbagai restoren makanan Korea dibuka. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Antara makanan yang terkenal di sana dan dieksport ke sini adalah ramen, ramyun ataupun mee segera. Buat yang masih belum mengetahui akan hal ini, ramen atau ramyun sememangnya makanan yang popular di sana. Boleh dinikmati sepanjang musim kerana penyediaan yang mudah dan cepat.
Kemunculan ramyun dalam drama-drama dan rancangan candawara menjadikan makanan ini dikenali oleh penduduk Malaysia mahupun dunia. Saya sendiri tidak terkecuali menonton mereka makan di dalam kaca televisyen dan bergitu teringin untuk menikmatinya juga. Pandai betul mereka memperomosikan makanan mereka melalui filem dan drama. Ramai sudah yang terpengaruh. Termasuk saya!
Pengeluar ramyun yang popular di Korea, Nongshim telah lama berjaya memasuki pasaran Malaysia. Sebut sahaja jenama Nongshim, pasti peminat K-pop di negara ini akan mengenali jenama dari Korea ini. Di Malaysia, terdapat 4 jenis ramen Nongshim yang dieksport ke sini.
Antaranya adalah:
Shin Ramyun Nooodle Soup -Gourmet Spicy
Bagi yang gemarkan rasa pedas dalam ramyun anda, ini adalah pilihan yang terbaik. Saya yakin bagi kita semua yang berada di Malaysia, rasa pedas itu tidak asing lagi dalam masakan kita seharian. Ditambah pula dengan mee yang kenyal dari dan lebar, memberikan lagi rasa penuh di dalam mulut anda. Yang ini patut anda masukkan dalam list wajib cuba.
Kimchi Ramyun Noodle Soup
Kimchi. Sebut sahaja nama tersebut pasti anda semua terus terbayangkan negara Korea bukan? Betapa signifikannya kimchi dengan Korea. Bagi pengemar kimchi, ini adalah pilihan yang terbaik. Mee segera sebegini masih belum ada di Malaysia. Satu kelainan untuk kita merasai keenakan asli mee segera Korea. Mee yang diperbuat daripada tepung gandum semestinya memenuhi selera anda.
Soon Veggie Ramyun Noodle Soup
Bagi vegetarian pula, ini adalah pilihan mee segera yang sesuai untuk anda nikmati. tanpa sebarang kandungan daging, semestinya paling cocok untuk vegetarian. Tiada MSG di dalam produk ini selain ianya juga kosong lemak trans. Satu makanan yang sihat untuk dinikmati. Walaupun tanpa MSG, ianya amatlah enak! Ya, saya telah mencubanya. anda patut mencubanya sendiri.
Potato Noodle Soup
Pernah makan mee yang diperbuat daripada kentang? Jika belum, anda patut mencuba mee segera ini. Mee nya diperbuat daripada kentang dan semestinya memberikan pengalaman baru dalam menikmati mee segera kepada anda. Dengan mee yang kenyal dan tebal semestinya lebih asyik dinikmati. Satu rasa yang berbeza namun saya pasti ianya akan disukai oleh kesemua rakyat Malaysia.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Apa yang paling utama adalah, kesemua mee segera yang dinyatakan di atas adalah berstatus halal
Mama tak pernah makan lagi sebab nampak harga nya di luar sana sebungkus RM7 ke 8
Baik mama makan kfc dan mcd
Atau makan kedai tomyam
Pada peminat masakan korea mungkin murah kot. Ikut citarasa masing masing
Ya. Citarasa yang berbeza. Mungkin ada yanbg sukakan makanan Korea boleh menjadi pilihan untuk mereka
Kalau shin ramyun pack merah tu takde halal, boleh makan tak? Sbb ada dijual di giant & speedmart. Tapi bila google shin ramyun pack hitam yang ada babi. Yang merah takda. So kena ada cop halal jugak?