Kalau Dah Bukan Rezeki..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadeaan sihat sejahtera hendaknya.

Baiklah dalam entri kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua pengalaman hidup saya, Ya, saya yakin anda semua pun pernah alaminya.

Pernah tak anda mendapat perkhabaran gembira, namun akhirnya perkhabaran itu tidaklah seperti yang diharapkan.

Pernahkan anda beli makanan, belum masuk mulut lagi makanan itu jatuh ke tanah?

Pernahkah anda berkasih, namun kekasih anda di ambil orang lain?

Pernahkah anda kehilangan sesuatu yang sebelumnya menjadi milik anda?

Saya yakin anda semua pernah mengalaminya. Percayalah! Saat anda kehilangan itu amatlah sakit. Namun ketahuilah ada sesuatu yang labih baik menanti di hadapan. Bertabahlah!

“Kalau dah bukan rezeki kita, apa yang ada di dalam mulut pun boleh terkeluar jatuh”.

Saya teringat apa yang diucapkan oleh Ustaz saya sewaktu belajar dahulu,

“Kalau dah bukan rezeki kita, apa yang ada di dalam mulut pun boleh terkeluar jatuh”.

Redha dan ikhlaskan lah ya. Saya menulis entri ini bukan untuk menasihati atau berpesan kepada anda sebenarnya, tapi lebih kepada memujuk hati saya sendiri sekarang! Sakit…

Apa yang saya dambakan selama ini menjadi milik orang lain!

Dalam hidup ini, apa yang kita impikan tak semua menjadi kenyataan. Namun ketahuilah sesuatu yang terbaik menanti kita semua.

Kalau dah rezeki, tak ke mana..

Anda pernah mengalami situasi seperti ini?

AM: Sedih oi! Jom makan. 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Kalau Dah Bukan Rezeki..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge