Promosi Pesona Indonesia di Bukit Bintang Kembali Lagi Untuk Tahun 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan bersama anda semua mengenai satu aktiviti yang berlangsung di ibu kota negara kita.

Kementerian Pelancongan Republik Indonesia dengan kerjasama pihak kedutaan mereka di sini telah menganjurkan Karnival Pesona Indonesia di segitiga emas iaitu Bukit Bintang. Pesta ini diberi nama Indonesia Street Bukit Bintang Fiesta. Dengan membawakan tema ‘Explore Exotic Indonesia’ akan membawakan para pengunjung ke dimensi lain Indonesia yang jarang kita lihat dan ketahui.

Sewaktu pesta ini, pengunjung bakal disajikan dengan persembahan kebudayaan dari Indonesia antaranya persembahan tarian, DJ, mencanting batik, melukis inai dan banyak lagi. Semestinya bakal meningkatkan lagi pengetahuan peengunjung mengenai negara Indonesia.

Tujuan utama pesta ini diadakan adalah untuk berkongsi dengan rakyat Malaysia tentang kebudayaan Indonesia. Semua maklum bahawa kita ada berkongsi kebudayaan yang sama dalam ASEAN. Oleh yang demikian. tema exotic diangkat untuk memperkenalkan kepada kita semua, apa yang lainya Indonesia dengan negara lain.

Berkata dalam sidang media, Puan Rizki Hanbdayani Mustafa berkata, pesta sebegini adalah salah satu cara untuk rakyat Malaysia mengenali negara Indonesia secara khusus.

Beliau juga berharap agar para pelancong dari Malaysia ke Indonesia meningkat bagi tahun 2017 ini dengan pertambahan dari 1.2 juta kepada 1.7 juta bagi tahun ini.

Untuk maklumat lanjut bolehlah melayari www.indonesia.travel

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge