Push dan Esther Bertemu Peminat di Malaysia Yang Dibawakan Khas Oleh DimSum
Dimsum membawakan Push dan Esther Daripada Drama Bersiri Handsome Cowboy
Siri Jelajah Malaysia U-Prince Series untuk Peminat Drama Thailand
Semua sedia maklum bahawasanya kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa ini mudah untuk meminati satu drama dari negara luar. Walaupun berbeza bahasa, namun minat yang mendalam tidak menghalang mereka daripada mengikuti sesuatu drama tersebut.
Mempercayai bahawa drama dari Thailand bakal menjadi satu fenomena baharu di Malaysia, Lam Swee Kim, Ketua Pegawai Pemasaran dimsum berkata,
“Kami mendapati bahawa permintaan yang tinggi terhadap drama Thailand dalam kalangan peminat sejak tahun kebelakangan ini dan kami berbangga untuk membawa drama bersiri dan artis-artis mereka ke Malaysia. Kita berkongsi indentiti Asia yang sama, maka halangan budaya kita untuk menikmati kandungan mereka adalah rendah. Kami percaya bahawa kandungan Thailand akan menjadi satu lagi gelombang baru seperti gelombang yang dibawa dari Korea.”
Saya amat bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Cik Lam Swee Kim. Saya juga merupakan peminat filem dari Thailand. Mana tidaknya, setiap minggu saya menantikan drama-drama kegemaran saya dari Thailand dimasukkan sari kata (subtitle). Penantian satu penyiksaan. Namun sekarang dengan adanya dimsum, wait no more!
Oleh yang demikian, dimsum iaitu perkhidmatan video atas langganan terkini di Malaysia telah mengadakan pertemuan peminat (fan-meeting) bagi peminat drama Thailand iaitu dalam Siri Jelajah Malaysia U-Prince Series. 2 bintang utama dari Thailand telah di bawakan khas ke Malaysia iaitu Puttichai Kasetsin (Push) dan juga Esther Supreeleela.
Drama U-prince Series ini diadaptasi berdasarkan siri buku popular di Thailand. Siri-siri drama ini menjadi popular setelah ditayangkan di Thailand bermula Mei tahun lalu.
Secara ringkasnya, drama Handsome Cowboy ini menceritakan tentang Sibtis (Push) yang seorang buaya darat dari Fakulti Pertanian yang berazam unutk memenangi hati Prikkang (Esther), seorang gadis jelita yang merendah diri dan membencikan lelaki yang poyo.
Untuk lebih lanjut mengenai drama ini bolehlah ke dimsum.my
Sedikit mengenai Puttichai Kasetsin (Push), adalah seorang pelakon, Dj dan pengacara televisyen di Thailand. beliau meraih ppopulariti melaluyi dalam kerjaya lakonannya menerusi drama Ugly Duckling: Perfet Match, dan I Wanna Be Sup’tar. Banyak anugerah yang berjaya diaraih Push antaranya Anugerah Lelaki Paling Menawan daripada Siam Dara Stars Award 2015 dan Lelaki Pilihan Seventeen Choice daripada SEVENTEEN Choices Awards 2015.

Manakala Esther Supreeleela adalah bintang kelahiran Malaysia-Thailand yang telah menempa nama menerusi drama ugly Duckling: Boy ‘s Paradise dan memenangi beberapa anugerah termasuk Seventeen Choices Awards 2015 dan Miss Cawaii 2009.
Selain drama U-Prince Series: Handsome Cowboy, drama bersiri yang lain yang turut diterajui oleh kedua pelakon ini iaitu Ugly Duckling Series: Perfect Match dan Ugly Duckling Series: Boy’s Paradise juga boleh didapati di dimsum.
Drama Game Maya dan You’re My Destiny yang bakal dilakonkan oleh Push juga akan ditayangkan di dimsum pada Mei dan Ogos nanti.
Muat turun aplikasi dimsum di Apple App Store atau Google Play Store dan nikmati tempoh percubaan selama 30 hari. Bayaran untuk bulan seterusnya adalah serendah RM15 saahaja.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah layari medium dibawah
Website: dimsum.my
Facebook: fb.com/dimsum.my
Instagram: @dimsum.my
Dah lama tak tengok drama Thailand… last sekali tengok filem thailand ong bak kot.. cerita pasal muathai tu..
Ong bak tu filem tuan. Ini drama bersiri di kaca televisyen