January 21, 2025
Lain-Lain

Kolaborasi Filem Jibam dan Produk Cantik Dara

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam kedaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai produk Cantik Dara.

Lambakan produk kecantikan di negara ini tidak menenggelamkan jenama Cantik Dara ayng dilihat makin menyerlah dalam kalangan pengguna mereka di Malaysia. Pada minggu lepas telah diadakan majlis pelancaran Produk Cantik Dara ini.

Bertempat di Restoren Rebung Chef Ismail, pengasas dan tetamu kehormat iaitu Datuk haji Mohd Rawi bin Hj Abdul Hamid iaitu Pengerusi JawatanKuasa Kerjaraya, Agama, Pelancongan, dan Warisan Negeri Kedah telah hadir ke majlis pelancaran tersebut. Tidak lupa juga para stokis dan tetamu jemputan yang lain.

Juruacara majlis pada hari tersebut, Aril Pilus
Pengasas Produk Cantik Dara, Cik Puan Nurul Sayang

Puan Nurul Sayang iaitu selaku pengasas Cantik Dara optimis bahawa produk Cantik Dara akan menjadi fenomena baharu dalam bidang kecantikan di Malaysia. Dengan rangkaian produk keluaran mereka, diyakini dapat menambat hati pengguna di Malaysia, Brunei dan juga Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Agama , Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Mohd Rawi Abd Hamid

Majlis pelancaran Cantik Dara  ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama , Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Mohd Rawi Abd Hamid. YB Dato’ Haji Mohd Rawi berharap agar produk ini mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia kerana produk ini adalah keluaran bumiputera Melayu. Sokonglah barangan buatan orang kita.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia , Dato’ Shikin Begum
Perjanjian persefahaman antara pihak Cantik Dara dan Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia

Melalui perjanjian persefahaman dengan pihak Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia ini adalah untuk membantu ahli di bawah persatuan ini menjadi stokis atau agen Cantik Dara. Tujuan ini adalah secara tidak langsung akan meningkatkan taraf ekonomi ahli persatuan ini.

Sesi pengenalan produk Cantik Dara
JIBAM

Dalam majlis tersebut juga, pihak Cantik Dara memperkenalkan jurucakap produk mereka iaitu pelakon yang sedang meningkat naik, Ruhainies. Ruhainies bakal dilantik secara rasmi menjadi jurucakap produk keluaran Cantik Dara.

Selain itu juga, satu lagi perjanjian persefahaman antara Cantik Dara dan Spektra Selasih telah diadakan. Spektra Selasih selaku penerbit filem Jibam menandatangani perjanjian persefahaman dengan pihak Cantik Dara untuk membantu mempromosikan lagi produk ini kepada masyarakat Malaysia.

Satu usaha yang bagus oleh pihak Cantik Dara dengan menggunakan medium filem untuk mempromosikan produk keluaran mereka. Semoga kerjasama yang dijalnkan ini membuahkan hasil kepada semua pihak.

Tahniah Cantik Dara!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “Kolaborasi Filem Jibam dan Produk Cantik Dara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *