Bercuti Bersama Keluarga di Theme Park Hotel Genting Highlands
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai salah satu hotel yang terdapat di Genting Highlands iaituĀ Theme Park Hotel.
Untuk makluman anda semua, Theme Park Hotel merupakan salah sebuah hotel yang terdapat di Genting Highlands. Ianya hanyalah beberapa langkah sahaja dariĀ Twentieth Century Fox Malaysia Theme Park yang bakal dibuka tidak lama lagi. Hotel ini mempunyai 456 bilik yang merangkumi 8 aras di Main Wing dan Valley Wing. Untuk pengetahuan anda semua juga, hotel ini sememangnya sesuai untuk percutian bersama keluarga.
Kenapa saya cakap begitu? Ini kerana di sini ianya boleh memuatkan minimum 4 orang pada satu masa. Ini kerana setiap bilik terdapat 2 katil queen yang empuk dan selesa. Melangkah masuk sahaja ke dalam bilik, saya sudah terasa woooow cantiknya.
Dengan segala hiasan dalaman yang terdapat di sini memang sesuai untuk kanak-kanak, Dekorasi dan susun atur bilik juga menjadikan ianya cukup luas dan selesa. Tertanya-tanya saya dimanakan ruang penyimpanan barang, rupanya ia terdapat di bawah katil!
Platform tidur yang ditinggikan ini berfungsi sebagai ruang penyimpanan. Kompartmen dalam platform digunakan untuk menyimpan bagasi, manakala peti besi bilik juga dibina ke dalam ruang laci. Pakaian digantung pada tombol di mana artis telah menggariskan almari pakaian. Set televisyen juga digantung pada tanda kurung, dengan karya seni di sekelilingnya untuk membuatnya kelihatan tertutup dalam kabinet TV.
Selain itu juga, setiap bilik lengkap dengan segala kelengkapan seperti set bancuhan air, peti sejuk, peti besi keselamatan, alatan mandi, telefon, televisyen. Pendek kata memang lengkap segalanyalah kalau menginap di sini.
LOBI
Di Theme Park Hotel ini tidak hanya bilik sahaja yang menarik. Tapi ruangan lobi mereka juga tidak terkecuali. Tidak seperti hotel biasa, ruangan lobi hotel ini cukup meriah dengan kaunter daftar masuk mereka seolah-olah belon panas. Bentuknya bulat dengan hiasan yang cukup menarik. Bukan seperti kaunter daftar masuk biasa yang memanjang.
Selain itu juga terdapat permainan yang boleh digunakan oleh anak-anak untuk bermain. Jadi tidaklah mereka menyilau ke tempat lain. Dapatlah anak-anak bermain riang di sini. Ruangan berbukit hijau ini mengingatkan saya kepada kartun teletubbies. Cukup memberi nostalgia kepada kartun kegemaran saya zaman dahulu.
Untuk anda yang ingin menempah dan mengetahui lebih lanjut berkenaan Theme Park Hotel ini bolehlah berbuat demikian diĀ www.rwgenting.com atau hubungi 03-6101 1118