Bergaya Dengan Jaket untuk Lelaki
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam ekadaan sihat sentiasa hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya nak kongskan berkenaan jaket.
I’m really sure semua suka pakai jaket kan? Saya pun selalu juga pakai kalau pergi event semi formal. Kalau jalan-jalan kat mall pun biasanya akan pakai juga. Bagi saya kalau pakai t-shirt kosong macam tak lengkap pula. Baju jaket dengan lelaki memang tidak dapat dipisahkan. Kenapa? Sebab kaum lelaki amat sinonim dengan baju ini. Ianya dianggap sebagai antara pakaian paling popular dalam kalangan lelaki bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.
Mengapa ia sentiasa mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran sepanjang tahun tidak mengira masa atau musim? Kemungkinan sekali atas faktor keselesaan ia sentiasa menjadi pilihan bagi kaum Adam di luar sana. Tak perlu pakai jaket tebal tu kerana negara kita bukan beriklim sejuk bersalji sepanjang masa. Pakai sahaja jaket yang sesuai dengan badan kita. Siap boleh mix n mac lagi. Lelaki ni tak susah mana pun kalau nak bergaya ni.
Jaket lelaki amat flexible kerana boleh dipakai hampir pada bila-bila masa sahaja. Ianya juga amat mudah untuk dipadankan dengan fashion item yang lain seperti baju t-shirt, seluar dan kasut. Ia adalah antara yang wajib harus ada dalam koleksi pakaian seseorang lelaki.
Bermacam-macam cara boleh digayakan dengan koleksi jaket lelaki terkini. Apa yang menariknya ialah kadang-kala gaya ini sebenarnya teramatlah mudah untuk digayakan. Apa yang anda perlukan hanyalah pengetahuan akan how to style men jakets, yang mana anda boleh lihat video tutorialnya di internet atau Youtube, dan sedikit sentuhan peribadi agar ianya melambangkan cita rasa dan menyerlahkan personaliti anda.
Bagi aktiviti santai berjalan pada waktu hujung minggu, padankan sahaja jaket denim kegemaran anda dengan sepasang seluar hitam atau black skinny, baju t-shirt berwarna putih dan sneakers atau kasut boots dengan warna yang sesuai. Antara cara yang paling mudah jika anda tiada idea ialah lihat bagaimana para selebriti terkenal menggayakan jaket mereka.
Kini banyak website online shopping Malaysia ataupun butik fesyen online di luar sana yang menawarkan pelbagai koleksi baju jaket lelaki online dengan pilihan yang cukup meluas. Anda tidak lagi perlu keluar ke shopping mall untuk dapatkan item kegemaran ramai ini, sebaliknya pembelian boleh dibuat terus secara online! Saya pun beli online juga ooi! leceh juga kalau nak keluar membali ni. Order online dan tunggu sampai ke depan pintu. Settle 🙂
dah agak jarang pakai jaket.
lebih suka pakai t-shirt je.
Sama la. Tapi pakai juga jaket kalau dah sejuk