Status Halal Chatime Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ignin saya jelaskan kepada anda semua mengenai topik status halal Chatime.

Mungkin semua sudah sedia maklum bahawasanya antara penyedia minuman bubble ialah Chatime. Tapi Chatime ni halal ke? Sebab masih tercari-cari status halal francais minumam ini di Malaysia. Dikhabarkan ketika entri ini ditulis, Chatime sudah mempunyai lebih 120 cawangan di seluruh Malaysia.

Saya bersama DJ Lin di satu majlis Chatime baru-baru ini
Saya bersama DJ Lin di satu majlis Chatime baru-baru ini

Saya pun sudah bergelas-gelas dah minum air Chatime ni. Namun tak perasan pula status halal minuman ini. Jadi saya buat sedikit research di internet dan mendapati ada yang menulis pasal Chatime ini. Tidak berpuas hati mengenai apa yang dibaca, saya terus PM di facebook Halal JAKIM. Namun nampaknya mesej saya sekadar dibaca oleh pihak mereka tanpa membalasnya. ermmm

Screenshot_2015-10-28-09-16-09

Tanpa berlengah lagi, lagipun memang saya dah beberapa kali pergi ke majlis Chatime ni, jadi memang saya kenal beberapa pekerja mereka. Tanpa membuang masa, saya terus menghubungi pihak Chatime sendiri. Berikut penjelasan Cik Nurul Jannah, Assistant Brand Manager mereka,

Halal Chatime
Halal Chatime

Jadi konklusinya? Chatime sudah menerima status halal di luar negara, namun masih dalam proses mendapatkan sijil halal JAKIM di Malaysia..

Berikut komen beberapa kawan saya mengenai hal ini. Yang menarik perhatian saya ialah blogger CoklayEyes iaitu Saudari Innanie yang juga graduan lulusan Undang-undang.

Screenshot_2015-10-28-09-49-22

Screenshot_2015-10-28-09-49-27

Betul juga kan? Makcik yang jual goreng pisang takde pula sijil halalnya. Tapi kita beli sahaja sebab kita tahu yang dia jual itu halal. Dia pun paham halal haram itu apa. Namun bila yang bukan Islam berniaga, memang kita kena teliti kerana itu melibatkan makanan. Mereka faham atau tidak tentang halal haram ini. Adakah tiada babi dalam makanan itu sudah halal? Sebab itula sijil halal itu penting kalau untuk kegunaan orang Islam ni.

Saya ada terbaca komen racist tentang isu ini. Masalahnya yang komen itu bukan Islam. Cakap itu ini bergitu begini. Sakit pulak hati aku membacanya. Untuk makluman semua yang masih belum tahu, Islam mengariskan beberapa panduan berkaitan makanan. Kami tak boleh sewenangnya makan ikut sedap perut sahaja. Ada juga yang cakap hipokrik bla bla bla. Itu hak anda nak teguk arak berbotol, babi berekor-ekor sekalipun. Yang anda sibuk pasal kami berkenaan isu halal ni kenapa? Sekurangnya belajar la dulu sedikit berkenaan isu halal ini sebelum berbicara…

Photo 2

Mungkin ada beberapa premis peniagaan makanan yang memang fokuskan market mereka kepada pelanggan bukan Islam. Sebab itu mereka tidak kisah tentang sijil halal ini. Namun orang Islam jangan la pulak semberono masuk premis sebegini tanpa usul periksa. Tapi kalau premis tersebut memang nak orang Islam kenal dan berkunjung, mohonlah sijil halal.

 

 

AM: Kerana mencari yang halal itu fardhu bagi orang Islam…

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

11 thoughts on “Status Halal Chatime Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge