Berkongsi- Merasa Lebih Dari Cukup
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Selamat hari Jumaat saya ucapkan kepada anda yang sedang membaca entri saya kali ini. Semperna dengan penghulu segala hari ini ingin saya kongsikan entri yang baik-baik je dengan anda..haha
Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan kelebihan berkongsi atau memberi apa yang kita punya dengan orang lain. Tapi saya akan lebihkan kepada berkongsi.
Adakah berkongsi dan memberi itu beza maksudnya? Tak tahu la saya. Yang pasti rasanya memang berbeza kot. Kongsi is when we share something.
Contohnya:
Aku ada sebatang aiskrim, aku kerat dua, kau sikit aku sikit .
Memberi pula ialah when we give something.
Contohnya:
Nah ambiklah aiskrim aku ni. Aku kasi kat kau.
Eh? Sama je rasanya kan? Dalam berkongsi ada aktiviti memberi. Oh! Biarlah dua perkataan ini. Yang penting kita faham, walaupun hakikatnya aku pun tak faham 😛
Pernah dulu masa kecik-kecik selalu bawa balik makanan ke rumah. Sengaja nak makan depan adik beradik lain. Nak menunjuk! Bila mereka minta saya tak kasi. Mak selalu pesan,
“Kalau taknak berkongsi, jangan bawa balik umah”.
Tu la selalu mak saya pesan. Lepas tu selalu habiskan aiskrim atau jajan dalam perjalanan sebelum sampai rumah. Dengan alasan tak nak berkongsi dengan orang lain.
Bila besar ni selalu dengar juga la ceramah dan nasihat dari cendikiawan agama. Katanya kalau tak silap,
‘Takkan papa kita dengan bersedekah’.
Maksudnya takkan jatuh miskin kita dengan sebab musabab berkongsi atau bersedekah ni.
The more you give, the more you get back. Tak gitu?
Bila dah besar ni selalu juga berasa gembira untuk berkongsi. Walaupun sedikit saya cuba berkongsi. The best feeling is when people appreciate what we give. Saya bila makan, I always think about people around me. Do they eat what I eat right now?
Sebab tu bila makan sekarang, saya lebih suka berkongsi. Walau sikit ‘terasa’ kenyangnya. Dulu bila makan memang banyak sebab takut orang lain ambil. Tapi sekarang telan sikit, the rest share with other. Because I always believe dalam bahagian saya, ada juga bahagian orang lain.
Percayalah, bila saya lakukan ini alhamdulillah rezeki saya tak putus. Ingat kisah Saidina Ali dan buah delima untuk Fatimah? Tak tahu sila Google..hahaha
“Barangsiapa yang membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya 10 kali ganda amalnya. ” ( al-An’am, ayat 160).
Tatkala kita sedang enak makan dan minum, bergembira bersama keluarga, tidur di kail yang empuk, tidakkan kita terfikir saudara kita yang ditimpa musibah di Kelantan sana? Ayuh kita menderma semampu boleh. Kudrat kita mungkin tidak sampai, namun percayalah apa yang kita sedekahkan akan berguna di akhirat kelak.
Lebih info mengenai derma ini bolehlah klik di sini
Pesanan khidmat masyarakat dalam entri panjang ini dibawakan khas oleh amirnawawi.com
AM: InsyaAllah akan pulang ke Kelantan untuk membantu dalam pasca banjir.
aku kalu make sedak2.. mesti teringat ko family…..
Tu la.. Sebab tu i kurang makan sekarang..haha
berkongsi tu lebih nikmat rasa dia..
Itu la. hanya orang yg melakukannya je rasa
bantu apa yg termampu…
Ya. Itu yg terbaik.
ya.
memberi itu lebih manis dari cendol banting.
Bila la saya nak merasa cendol banting nih..haha