Jersi Bola Original di BolaStore.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sehat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua satu lubuk kedai jersi online yang menjual pelbagai pakaian sukan seperti jersi bola original dengan harga yang murah dan berbaloi.

Semua sedia maklum, sepak mula untuk musim 2015 akan menyusul tidak lama lagi. sebagai penyokong bola sepak yang mengikuti segala perkembangan bola sepak tempatan, pastinya ingin memilik sendiri jersi bola sepak yang disarungkan oleh pasukan kegemaran anda bukan?. Tapi masih blur dan tak tahu nak beli kat mana? Bro, relaks bro, sekarang dah 2015 kot. Segala benda boleh dibeli dihujung jari.

BolaStore.com

wpid-screenshot_2015-01-11-02-47-26.png

BolaStore.com merupakan satu laman web yang menjual pelbagai koleksi pakaian sukan seperti jersi, short, stoking, mafla, cap dan pelbagai lagi. Dari pelbagai negeri dan pelbagai jenama yang mengikut pilihan anda. Menarik bukan?

Mafla yang dijual di BolaStore.com
Mafla yang dijual di BolaStore.com

1. Jadi macamana nak order? Aku tak reti nak order online nih. Kan kena tipu pula. Zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat.

Relaks relaks. Senang sahaja. Pertama anda perlu ke BolaStore.com. dan klik butang daftar. Lagi mudah kalau anda ada akaun facebook. Sign in dengan akaun facebook sahaja. Pilih barangan dan bayar. Siap!

Jersi Hoki
Jersi Hoki Malaysia juga turut dijual di sini

 

2. Lama ke nak proses ni bro?

Lama tak lama, selagi abang posmen tu wujud kat Malaysia ni selagi tu la barangan anda cepat sampai. Biasanya next day delivery dan sampai. Dan untuk memudahkan anda, tracking number akan diberikan kepada anda melalui SMS. Jadi anda boleh periksa lokasi barangan anda sendiri. Wuhu!

Casing phone juga ada di jual di sini
Casing phone juga ada di jual di sini

3. Betul ori ke ni bro? Kan dapat tak pepasal dari Thailand pula.

Betul, jangan bimbang dan khawatir. Segala barangan yang dijual di BolaStore.com adalah original dari jenama yang dinyatakan. Tiada istilah tiruan atau cetak rompak dari sini. Kalau anda tidak berpuas hati, refund atau bayaran semula diberikan kepada anda. Terbaik bukan?

Jersi kanak-kanak juga ada dijual
Jersi kanak-kanak juga ada dijual

4. Uish! Tak sabar nak beli ini. Kan mana ya alamatnya?

Bro, ini adalah kedai virtual yang menjual barangan secara dalam talian. Jadi segala barangan dijual online. Jangan susah-susah nak habiskan masa, minyak kereta, duit tol anda. Hanya klik dan tunggu barangan sampai ke depan pintu anda. Mudah bukan? Nak alamat? BolaStore.com la alamat dia.

training kit
training kit

5. Macamana nak hubungi owner dia?

Senang sahaja bro, terdapat pelbagai chanel yang boleh anda gunakan. Yang paling mudah sekarang sudah ada WhatsApps. Send mesej dan tunggu reply. Cepat dan pantas. Berikut adalah media sosial yang boleh anda gunakan.

WhatsApps: 018-9694420 (En Zul)

Facebook: BolaStore.com

Twitter: BolaStoreCom

Sudah yakin dan menjawab segala keraguan anda? Jom kita membeli belah di BolaStore.com. Mudah dan cepat.

AM: Saya sokong Kelantan selamanya. Anda pula pasukan mana?

Sebarkan kepada rakan-rakan anda yang lain..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

7 thoughts on “Jersi Bola Original di BolaStore.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge