Perasmian Gah Magnum Kuala Lumpur

Hari tanpa keseronokan adalah hari yang membosankan. Kesemua pemburu keseronokan (pleasure seakers) di Malaysia menemui jawapan bagi memenuhi keinginan terhebat mereka menerusi pembukaan Magnum Kuala Lumpur di Mid Valley Megamall yang penuh gilang-gemilang. Lebih daripada 500 pemburu keseronokan memenuhi barisan demi menjadi sebahagian kumpulan pertama bagi menikmati pengalaman ais krim Make My Magnum di Malaysia ketika jenama ais krim ikonik itu membuka pintunya kepada orang ramai.

magnum aiskrim

“Idea Magnum Pleasure Store timbul bersama tujuan bagi membawakan pengalaman Magnum terhebat dan paling premium buat pemburu keseronokan di negara ini. Ia adalah tentang mewujudkan sebuah ruang fizikal untuk jenama Magnum bagi membolehkannya berinteraksi bersama para pemburu keseronokannya, menjangkaui komunikasi sehala dan mengubahnya kepada hubungan dua hala berharga berserta pengalaman. Ia juga didorong keinginan memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan kami,” ujar Herry Budiazhari, Pengarah Pemasaran Unilever Holdings Malaysia pada majlis pembukaan besar-besaran Magnum Kuala Lumpur.

 

Personifikasi jenama coklat Belgium dan kedudukan premiumnya dapat dilihat menerusi penawaran mengujakan Magnum Kuala Lumpur kepada para pemburu keseronokan yang berpeluang menikmati detik-detik peribadi Magnum istimewa daripada penyediaan senarai menu signatur yang berjaya dijelmakan bersama sebahagian bahan-bahan terbaik yang dipilih secara teliti oleh cef-cef berprestijnya. Kehebatan ini turut dikongsi salah seorang Pakar Pemanis Mulut Magnum paling kreatif – Cef Miko AspirasKetua Cef Pastri Magnum Kuala Lumpur.

 

“Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menghidupkan menu-menu yang melambangkan kecintaan orang Malaysia terhadap pemanis mulut masa kini. Penuhi keinginan anda bersama Magnum Kaya waffle toast, menu yang dicipta istimewa hanya untuk para pemburu keseronokan di Malaysia. Selain itu, para pemburu keseronokan di negara ini juga pasti tertawan dengan menu signatur seperti Magnum Triple Choc Cookie Skillet, Magnum Galaxy dan Magnum Trifle. Bagi pencinta kopi, kami turut menggunakan biji kopi terbaik yang dikisar eksklusif untuk Magnum Kuala Lumpur,” jelas cef yang telah merangkul beberapa anugerah tentang penawaran unik Magnum Kuala Lumpur.

 

Ia merupakan Magnum Pleasure Store pertama di dunia dengan dua bar infiniti bagi membolehkan para pemburu keseronokan mencipta momen peribadi penuh makna dipanggil Make My Magnum. Pada harga serendah RM9.90, para pemburu keseronokan kini mampu menghasilkan ais krim dengan rekaan tersendiri menerusi ais krim Magnum asas (naked) sebelum memilih variasi salutan (coating), hiasan berperisa (topping) dan curahan coklat pelengkap (drizzle). Di Bar Infiniti Magnum KL, sebanyak 250,000 jenis Make My Magnum dapat dicipta.

 

Kemuncak Magnum Kuala Lumpur adalah penampilan koleksi melazatkan yang dipegang oleh enam personaliti Magnum, dengan setiap seorang daripadanya menyerlahkan ikon gaya hidup tersendiri bersama model berharga Magnum mengikut rentak putaran muzik oleh DJ Joey G sekali gus merancakkan kegamatan suasana Magnum.

 

Setiap model berharga Magnum dihiasi indah membentuk replika artistik ais krim Magnum yang memberi bayangan terhadap personifikasi pereka bagi setiap negara dan tuan rumah kepada Magnum Pleasure Store.

magnum aiskrim 2

Memimpin perarakan masuk enam bintang sensasi ini adalah Wak Doyok, ikon fesyen lelaki tanah air yang dipadankan bersama model berharga The Magnum Black Leather yang mewakili nilai lelaki budiman bergaya dan berkeyakinan bersahaja dalam persalinan Fairuz Ramdan.

magnum wak doyok

Muncul dalam dres bercorakkan kelopak-kelopak bunga biru memukau ilham Fizi Woo ialah personaliti TV, Belinda Chee yang memegang model berharga The Magnum Porcelain Beauty, satu perlambangan terhadap kulit bak porselin keagungan orang Timur dan pesona sopan-santun.

 

Personaliti ketiga pula adalah seorang aktor yang berjaya menambat hati ramai wanita tempatan, Aqasha yang muncul bersama model berharga The Magnum Maestro, kolaborasi sempurna dalam memaparkan stail sebenar seorang lelaki budiman dalam sut segak hasil sentuhan ‘raja’ pakaian lelaki tanah air, Bon Zainal.

 

Kehangatan acara diteruskan dengan gemerlapan glamor ratu R&B negara, Ning Baizura yang mendampingi model berharga The Magnum Diva dalam kemilau persalinan bertatahkan batu-batu permata, istimewa untuk si ratu rekaan hebat Rizman Ruzaini.

 

Segalanya tentang pesona berkarisma dapat disaksikan apabila personaliti TV, Alan Yun melangkah ke khalayak bersama model berharga The Magnum Masterpiece dalam gaya sut tempahan segak ilham Bon Zainal, menepati sempurna identiti merentas zaman Magnum.

 

Tidak ketinggalan, bahagian terbaik majlis ini iaitu kemunculan ikon fesyen tanah air, Nasha Aziz yang memukau hadirin dengan langkah supermodelnya bersama model berharga The Magnum Black and White, mewakili simbol sofistikated hitam dan menyerlahkan aura feminin putih mawar, dalam helaian elegan BCBG Max Azria.

 

Setiap satu daripada replika unik ini mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan dan anda boleh melihatnya secara dekat kerana ia kini dipamerkan di Magnum Kuala Lumpur.

 

Ramai selebriti dan sosialit turut memeriahkan acara pembukaan gilang-gemilang Magnum Kuala Lumpur termasuklah Dennis Lau, Sarah Lian, Erin Malek, Nurul Wahab, Atikah Karim, Datuk Kelvin Tan, Madam Ana Gracia dan Jose Baranano, Vivianne Cheng, Datin Ida Seatter serta Kiran Jeyabelan.

 

Terletak di Mid Valley Megamall, kafe kegembiraan berkeluasan 4,200 kaki persegi ini meliputi dua tingkat ruang yang menampilkan dekorasi dalaman kontemporari, berkelas dan artistik. Kafe mempesona ini mampu memuatkan hampir 100 pelanggan dengan selesa dalam satu-satu masa dan terbuka untuk tempahan acara-acara tertutup yang menjanjikan pengalaman Magnum tersendiri yang pasti menyeronokkan.

 

Untuk maklumat lanjut tentang Magnum Malaysia, sila layari www.facebook.com/Magnum.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

8 thoughts on “Perasmian Gah Magnum Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge