Dropshipper Tapi Pelanggan Nak By-Hand
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan sedikit pengalaman saya dalam bidang dropship ni.
Mungkin semua telah sedia maklum selain affiliates, antara nak buat duit melalui internet ialah dropship. Saya salah seorang dropshipper untuk satu produk kesihatan. Kita sudah sedia maklum bahawasanya sebagai seorang agen dropship, kita tidak mempunyai barang ditangan. Kita hanyalah seorang orang tengah yang mengambil tempahan dan forwardkan kepada HQ atau owner produk untuk penguruskannya.
Tapi tak semua faham yang bagaimana sistem dropship ini berfungsi. Masih ada yang nak jumpa face to face untuk ambil produk. Mungkin masih ada yang kurang percaya dalam pembelian online ini. Mana tidaknya, banyak kes yang berlaku. Ada yang order iPhone siap dapat lesung batu lagi. Tapi saya ialah seorang yang boleh dipercayai. Why? Segala gambar saya ada dalam blog ini, mana mungkin nak menipu kalau segala identiti diri penuh dalam blog ni kan? hahaha
Apapun, sebagai seorang peniaga, kalau kita tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan, kita kasilah kepada peniaga lain. Mungkin ini bukan rezeki kita, kita berkongsilah biar orang lain yang merasa.
AM: Banyak dah kerenah pelanggan yang terpaksa saya hadap. Tapi itu semua pengalaman 🙂
Sabo jelah!
Sebenarnya susah nak berniaga secara Dropship berbanding promosi produk Affiliate.. Saya dah angkat bendera putih daripada berniaga dropship.. huhuhu
aku lebih suka affiliate banding dropship.
tapi kalau pandai main, untung dropship leh berkali ganda kalau kena caranya.
Kalau saya, saya jawab, OK cik kalau nak ambil by hand kita berjumpa lagi 2 hari dan saya kenakan caj tambahan RM20 😉 so sementara tu boleh order dengan supplier. tapi kene make sure dia jadi ambil la 😉