Pak John Steamboat & BBQ Memang Menarik!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini ingin saya bawa anda semua ke sebuah restoren yang sekarang cukup terkenal dan menular di media sosial. Bersedialah untuk menikmati gambar-gambar yang enak lagi menyelerakan. Tengok gambar pun dan menyelerakan, apatah lagi bila rasa sendiri kan?

Restoren yang saya maksudkan ialah Pak John Steamboat dan BBQ (dulunya dikenali sebagai Pak John Steamboat & Yong Tao Foo). Restoren ini terdapat 2 cawangan iaitu di eCurve Damansara dan di Wangsa Walk. Namun pada entri kali ini ign saya kongsikan dengan anda semua mengenai Pak john Steamboat yang ada di eCurve.

sijil halal jakim

Untuk makluman anda Pak John Steamboat & BBQ telah disahkan Halal Jakim dengan rujukan nombor MS 1500:2008 2 071-11/2013 .

Pak John Steamboat & BBQ menghidangkan sebanyak 100 jenis pelbagai makanan sayuran, daging, makanan laut, steamboat, dessert, 4 premium item, dimsum, teppanyaki, burger, aiskrim, air buah, coffee dan banyak lagi yang berkualiti tinggi mesti anda cuba semuanya dengan tanpa had. Harga terkini untuk seorang adalah RM46++ (Isnin – Khamis) RM49++ (Jumaat – Ahad). Harga ini diteruskan daripada kesinambungan Menu Exclusive Christmas dan hidangan istimewa IKAN SALMON SEGAR yang di import khas daripada Negara Norway.

Saya sendiri telah merasa beberapa menu yang disediakan. Dan sememangnya ohsem! U all should try this yourself. Bagi pilhan steambot pula terdapat 5 jenis pilihan sup iaitu Beef Bone Soup, Chicken Soup, Miso Soup, Curry Soup dan 2 pilihan sup istimewa Tomyam Soup dan Prawn Soup. Namun saya tempoh hari berpeluang untuk merasa sendiri sup Tomyam. Memang kaw kerana semua bahan-bahan untuk membuat sup ini disediakan sendiri oleh chef mereka di dapur.

Selain makanan yang dinyatakan di atas, terdapat beberapa item premium yang juga disediakan untuk pengunjung. Ianya ditempatkan dibahagian dapur kerana untuk mengelakkan kualitinya menurun jika dibiarkan terdedah. Makanan yang dimaksudkan ialah

1. Abalones Slides
2. New Zealand Lamb Slices
3. Australia Beef Slice
4. Smoke Duck Breast

Terdapat bebrapa jenis sos disedikan untuk pilihan pelanggan. Sos ini disediakan sendiri oleh chef untuk pelanggan Pak John semua. Sos tersebut ialah Thai Sauce, Belacan Sauce, Sweet Sauce, Thai Green Chili, Soya Sauce, Garlic Chili Sauce. Sos istimewa yang baru disediakan ialah Pineapple sos. Anda semua patut mencubanya.

Pak John Steamboat & BBQ juga merupakan tempat yang sesuai untuk membuat perjumpaan serta majlis yang besar. Ruang restorennya yang besar yang mampu memuatkan lebih 260 orang dalam satu-satu masa sememangnya sesuai untuk pelbagai aktiviti. Terdapat juga 2 bilik VIP untuk digunakan tanpa dikenakan caj tambahan! Sesuai untuk aktiviti sambutan harijadi dan sebagainya.

Antara tarikan lain yang disedikan di Pak John Steamboat & BBQ eCurve ialah persembahan live band dari kumpulan Voxsape. Persembahan mereka adalah pada setiap hujung minggu bermula dari 6 petang hingga 10 malam. Memang menarik bila santap sambil mendengar alunan muzik. Aku suka!

Bukan itu sahaja, ada lagi promosi menarik untuk anda semua. Promosinya ialah

Promosi di Pak John :
1. Majlis Sambutan Hari Jadi di Pak John untuk 5 pax PERCUMA 1 pax untuk yang menyambut hari jadi.
2. Setiap malam Selasa dan Khamis Ladies Nite diskaun 20%
3. Tunjuk kad Student anda untuk nikmati diskaun 30% setiap hari dari jam 10pagi – 5 petang.
4. 250 tempat duduk untuk outlet ecurve, adalah tempat yang sangat baik untuk parti, sambutan hari jadi dan makan malam syarikat, majlis kerjasama dan lain-lain.
5. Pak John juga ada 2 VIP room, VIP 1 Max boleh muat 14pax. Vip 2 boleh muat 8 pax. Boleh gabung kedua-dua bilik VIP tiada caj tambahan.

Menarik bukan? Tunggu apa lagi. Jom kita berkunjung ke eCurve dan singgah ke Pak John Steamboat & BBQ.

AM: Amat berpuas hati santap di sini. 5 bintang!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

10 thoughts on “Pak John Steamboat & BBQ Memang Menarik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge