January 22, 2025
Hal-hal Semasa

Pengalaman Bersama P1 Internet, P1’s ToGo®

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua para pembaca yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan pengalaman penuh saya bersama P1 Mifi. Jika sebelum ini saya telah kongsikan dengan anda teaser mengenai P1 internet ini, kali ini akan saya kongsikan selengkapnya untuk rujukan anda.

Semua sedia maklum, zaman sekarang kalau hidup tanpa internet ibarat tak sempurna kehidupan seharian. Mana nak layan laman sosial, mana nak buka mesej, mana nak tengok movie dan pelbagai lagi kegunaan. Kalau internet tiada, ibarat boleh mati kutu dibuatnya. Saya juga tidak terkecuali. Tak boleh hidup kalau tiada internet. Nak updated blog lagi!

P1 internet membekalkan servis berserta 3 jenis moderm. Moderm tersebut adalah UH235, MF230 dan juga MX230.

P1 pakej

Berikut adalah pakej yang disediakan kepada kita semua.

p1 kuota

Modem yang saya gunakan adalah MX230. Pengalaman menggunakan MX230 ini sememangnya terbaik. Berbekalkan kuota tanpa batasan (unlimited) sememangnya menjadi kegemran saya. Download movie dan pelbagai lagi tanpa batasan. Kalau dulu nak download dan nak tengok video di Facebook pun fikir dua kali sebab takut kuota habis. Namun dengan MX230, semua itu bukan lagi alasan.

MX 230 juga sememangnya ringan. Lebih kecik dari handphone yang ada di pasaran. memang kecik. Boleh letak dalam poket ataupun dimana-mana tanpa kita perasan akan kewujudannya. Yang lebih menariknya boleh sambung  8 gadget sekaligus. Tak kira la kau ada laptop, ipad, IPhone, Samsung Tab dan apa jua peranti yang lain, boleh sambung semua.

MX 230

Hah! Tak payah la nak subscribe pakej internet untuk phone, tab, broadbang untuk laptop dan sebagainya. Pakai je Mifi Togo ni. Habis cerita. Sambung semua gadget anda tu ke sini. Jimat belanja dan mudah. Kalau bab belajar ni semamgnya kena jimat duit la. Sebab itu perlu untuk kita pilih pakej internet yang terbaik.

Signal di tempat saya
Signal di tempat saya

Kelajuan yang ada pada P1 Internet saya kongsikan juga dengan rakan-rakan sebilik saya yang lain. Mana mungkin benda yang elok tidak dikongsikan bersama kan? Untuk makluman, saya belajar di Universiti Malaysia Pahang kampus Gambang. Internet yang dibekalkan oleh pihak universiti sememangnya agak kurang laju kerana untuk menampung kegunaan beribu pelajar. Jadi saya kongsikan internet P1 ini dengan rakan-rakan. Kata 8 gadget boleh sambung, gadget saya baru 2. Selebihnya obleh la kasi kawan-kawan guna. Tak gitu?

Internet di Universiti juga di sekat untuk beberapa laman web dan aplikasi. Antara ialah web permainan online seperti Dota, COC dan sebagainya. Untuk bermain permainan ini secara berjemaah memerlukan talian internet yang kuat dan laju. Internet universiti pula disekat. Jadi solusi terbaik ialah P1 internet la. Lawan Dota juga semakin best dan tiada sekatan lagi. Yeah!

Kelajuan yang baik
Kelajuan yang baik

Saya juga merupakan kaki tengok wayang. Biasa selepas tengok wayang saya masih lagi menontonnya di laptop saya. Untuk memuat turun filem memerlukan masa yang lama. Kalau 1 GB tu untuk download guna internet universiti mengambil masa lebih kurang sehari! Bayangkan betapa siksanya jiwa dan raga menunggu sesebuah filem itu untuk selesai dimuaturun. bagi penggemar drama Korea juga semestinya menantikan episod terbaru ditayangkan. Download jangan tak download. Saya download rancangan Running Man sekejap sahaja. Terbaik!

Dengan kelajuan 2Mbps sepatinya proses memuaturun lebih cepat dan pantas. Saya download running Man, kelajuannya adalah 1.2Mbps. Laju bukan? dalam 3 minit sudah siap download. Jangan jeles! Tu belum drama Korea yang lain lagi. Jadi, kepada kaki penggemar drama Korea sekalian, tunggu apa lagi..

AM: Amat berpuas hati menggunakan P1 Internet ini. 🙂

Anda blogger? Ingin menyertai OMA? Klik sini

OMA Facebook group? Klik sini

Maklumat lebih lanjut mengenai P1 ToGo. Klik sini

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

6 thoughts on “Pengalaman Bersama P1 Internet, P1’s ToGo®

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *