October 14, 2024
Hal-hal Semasa

Bersediakah Anda Dengan 12.12?

Salam sejahtera buat semua pembaca blog amirnawawi.com sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Bulan Disember sudah menjelma dan itu tandanya tahun 2015 sudah sampai ke penghujungnya. Semoga apa yang diimpikan pada tahun ini tercapai jua hendaknya.

12.12

Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai 12.12. Apa itu 12.12? Ia adalah tarikh keramat yang sememangnya dinantikan ooleh semua warga maya. Tak kiralah di Malaysia ataupun di seluruh dunia amnya. 12 Disember adalah tarikh penamat bagi kempen Online Revolution. Apa itu Online Revolution? Online Revolution adalah kempen yang dilancarkan oleh para website online untuk melariskan barangan jualan mereka. Kiranya pada tarikh ini, diskaun akan diberikan dengan banyak kepada pembeli. Ada sehingga 90%!

lazada

Daripada pembacaan saya mengenai hal ini, tahukah anda yang pada tahun lepas, pada tarikh 12.12.2014, seramai lebih 30 juta pengunjung telah melawati laman web Lazada ini. Ini bermakna, kalau diikutkan dengan populasi rakyat Malaysia, kesemua rakyat Malaysia melayari laman web Lazada ini! Wah, ini sudah mencapai satu tahap bahawa online shopping sudah diterima oleh kesemua rakyat Malaysia.

Bila bercakap mengenai online shopping ini, tidak dinafikan saya juga merupakan salah seorang pembeli tegar kepada barangan online. Dan sasaran utama saya adalah Lazada! Oh! Kenapakah mesti Lazada? Ini kerana di Lazada terdapat pelbagai pilihan barangan dari sekecil-kecil barang sehinggalah kepada sebesar-besar barang. Saya pernah beli kamera, gadget, baju, kasut, hatta barangan kesihatan di situ.

Bulan lepas sahaja 3 transaksi yang telah saya lakukan di sana. Menarik bukan?

Antara transaksi yang telah saya lakukan pada bulan November
Antara transaksi yang telah saya lakukan pada bulan November

Apa yang menarik mengenai Lazada ialah apabila sale, akan berlaku penurunan harga barang kerana diskaun besar yang diberikan. Namun yang lebih menarik apabila kita memperolehi baucer Lazada. Harga yang kita dapat adalah jauh lebih murah dengan penggunaan baucer itu tadi. Menarik bukan? Dahla tengah sale, dapat pula guna baucer, memang berbaloi-baloi la jawabnya.

Namun kat mana kita nak dapatkan baucer itu semua? Nah saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai satu laman web yang menawarkan pelbagai tawaran hebatĀ untuk anda semua termasuk baucer. Tidak hanya Lazada namun pelbagai lagi tawaran hebatĀ dari web online shopping yang lain. Cakap sahaja apa yang familiar di Malaysia ini, saya pasti akan ada punya kat Picodi.my ini. Yeah! picodi.my

picodi

Sedikit info ringkas untuk anda mengenai picodi.my ini. Picodi ini merupakan salah satu platform smart-shopping online antarabangsa yang wujud untuk membantu anda berjimat dengan memberikan anda kupon, kod diskaun dan pelbagai tawaran hebat yang lain. Menarik bukan? Saya pun dah tergoda dan tak sabar nak gunakan tawaran yang ada di laman web ini.

Jadi sudahkan anda bersedia dengan 12.12 nanti? Countdown to 12.12!

AM: Tahun lepas almost RM2000 I spent during 12.12. Looking forward for this year. Yeah!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

4 thoughts on “Bersediakah Anda Dengan 12.12?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *